Wednesday, January 11, 2012

#Picisan katA#

entah kanun mana yg di pakai diri
main redah kalau nk jatuhkan hukuman sendiri
seharian yg rasa meletihkan
dari pagi sehingga ke petang
dengan diri yg tungang terbalik
betul ! saat tu rasa nak ja bertapa dalam sungai..

terdengar banyak suara
mungkin agak konservatif kalau di katakan penyibuk
kerna suara-suara itu mengambil berat perihal diri ini
bukan tak biasa
tapi kerna mereka yg masih baru mengenali 
mungkin agak sedikit kekok

"muka nampak lain hari ini"
"pucat.."
"tak sihat?"
"ada masalah?"
"gaduh dengan pakwe?"

oke ! pada mereka yg mengambil berat
jasa anda amat aku kenang
tengS a lot..
dan
ini la aku..inilah diri ini
yg selama ini berlindung di sebalik bayang sendiri..

adakalanya 
memang sengaja mencari pasal dengan diri sendiri
kanun yg mana ntah di cari gali
menghukum tanpa memahami..

ini namanya mood yg runningnya tak reti patah balik..
mood untuk sepikan diri
mood untuk sunyikan hati
jadi
memang wajar dan tak hairan la bila hari ini 
muka kelam tak nampak apa
hanya pandai mengangguk dan menggeleng
cakap bila perlu..

senyum pahit
memang selalu..tapi yg nak buat aku gelak sumbing bila
di katakan gaduh dengan pakwe
ohlaaa..sejak bila hati ku berpaling tadah?
kejam kau hati kerna tak khabarkan pada diri yg kau sudah punya pujaan sendiri !
kahkahkahkahkahkah...
benar rasa nak gelak terguling-guling
bila ada suara cuba untuk membuatkan aku cerita pasal cinta..

wahai suara yg bertanya
bagaimana si gadis kecil ini hendak jaga anak teruna orang
kalau dengan diri sendiri pun payah nak jaga..
bagaimana si gadis kecil ini hendak cinta anak teruna orang
kalau diri sendiri pun belum cukup untuk di cintai..

ikut rentak hati
menanti dan terus menanti
kadang memikirkan penghujung kehidupan neh buat diri sesak utk bernafas..
letih memberi peluang

wahai diri yg sering tak keruan !
pandanglah segalanya dengan lebih bermakna dan bercahaya..
bukan dengan muka kelam
yg menunggu petir dan hujan..

NOTA.KAKI;
"benar mood running out, 
setiap kali aku campak jauh pemikiran ke luar semesta
setiap kali itu laa aku terpaksa kunci mulut rapat2
buka mata luas2 supaya xda benda
yg jatuh.."
"..aku tengok jam..
aku tengok kelender
saban hari menghitung saat & waktu
benar..
aku hanya tunggu 
jam 
pukul 1
dan
pukul 5
dan
hari
khamis..."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.