Monday, January 23, 2012

semua berubah...

Dulu pergi mana-mana perlu ada orang di sebelah. pimpin tangan dan bawa ke tempat nak di tuju. kalau tak statik ja berdiri kat situ. bergantung seratus peratus tanpa mahu berdikari.

itu dulu, 3 4 5 tahun lepas. sekarang bukan waktunya mencari tangan untuk di pimpin walaupun kadangkala selalu nak cakap aku perlukan mereka. dah masuk dua abad hidup, segala bertukar sedikit sebanyak. terpaksa di akui walau sukar, yang kita hidup makin membesar.

Benar, seorang aku kadang-kadang rasa nak duduk ja dalam situasi atau keadaan atau benda atau tempat atau apa-apa ja laa yang sama. tak nak berubah. tak nak pergi mana-mana. sebab mungkin dah terbiasa. mungkin orang kata, otak aku tak berkembang. mungkin orang kata aku lemah sebab tak nak terima sebarang perubahan. hey ! hidup aku, jadi biar aku sendiri yang mewarnainya. usah gusar kalaupun warna yang di pilih kelabu. hitam atau gelap. sebab sikit pun aku tak sangkut dengan orang lain.

aku melihat, aku mendengar, dan aku saksikan segalanya dengan pancaindera yang kadang-kadang kian tumpul dengan deria rasa. manusia berubah. tidak statik kepada satu keadaan. walau itu yang aku impikan..

yang kecil menjadi besar, mereka yang dulunya seorang yang cengeng berubah menjadi kebal. tak gerun dengan sebarang mara bahaya. mungkin keadaan membuatkan mereka menjadi cekal. tabah menghadapi hari-hari sukar.....tapi yang teruknya mereka kian kejam di mata yang lain,

yang dulunya seorang peramah, yang dulunya di gelar si becok tiba-tiba berubah 360 darjah. itu antara dia dan Allah. mungkin ada sesuatu yang menghalang bicaranya. atau pun dia dewasa mengikut masa..

yang dulunya sosial. ke sana ke sini. mengukur jalan. bertepuk tampar dengan orang ramai tak kira lelaki atau perempuan, akhirnya berubah. cinta bawa mereka ke jinjang pelamin. mendirikan masjid untuk mendapatkan yang halal. mungkin kesilapan lalu dapat di perbaiki bila berdua...

yang dulunya bertudung labuh, bergerak ke sana sini membawa imej islam yang nampak unggul peribadinya tiba-tiba terjatuh dalam gaung yang gelap. mungkin tak sedar yang dunia bukan destinasi, sebab dunia adalah perjalanan. 

yang dulunya berambut pendek, dengan gaya tomboi, kasar dan bila nampak pada hari ini dan masa kini dah berubah 100%. dengan imej berambut panjang dan keperempuanan memang tak sangka yang masa boleh merubah seseorang dalam sekelip mata...

yang dulunya bertudung, dan bila jumpa hari ini tudung dah hilang ke mana dengan rambut berkarat pun banyak juga. dan..ada juga yang dulu jenis tayang rambut tapi sekarang bertudung litup dan labuh siap pakai purdah, alhamdulillah untuk dia...

yang dulunya jalan perlu di pimpin. makan perlu di suap, baju perlu di pakai dan pada hari ini dah boleh bercakap bagai bertih jagung. dah bole lari ke sana sini tanpa bantuan siapa-siapa. dah besar walau belum masuk alam dewasa..

dengan mata aku melihat,
dengan mulut aku merasa,
dengan telinga aku mendengar,
meraka-mereka ini pendamping hidup. rencah dalam kehidupan. 
yang buat aku pandang hidup dengan penuh warna. sebab mereka bukan aku.
yang ingin statik dalam satu masa. keadaan atau tempat. walau tak pernah boleh..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.