dalam meniti kehidupan, tak banyak yang aku harapkan. alpa dengan tawa kadang-kadang menjadikan seorang aku sukar untuk menerima segalanya yang berkaitan tangisan. aku lelah sendirian. kadang berjalan perlahan, dan kadang berhenti untuk melepaskan penat. seringkali akal waras berfikir, kenapa aku tak mampu untuk berlari jauh ke hadapan? kenapa aku mesti membiarkan manusia-manusia kejam ini membunuh sedikit demi sedikit kekuatan dalam diri? aku tak tahu. yang aku tahu aku hanya menanti. dan..terus menanti. moga satu saat takdir akan mengubah segalanya.
bukan aku tidak mahu mengorak seribu langkah untuk membela nasib diri. tapi manusia-manusia kejam itu bukan insan yang patut di ingkari. lari beribu batu sekalipun, mereka tetap perlu aku cari. mungkin juga aku hidup kerna mereka. lantaran itu, memang nasib aku berada di sisi mereka untuk hati di toreh dan diperlakukan sesuka hati. benar cakap ku seperti besok aku akan mati. tapi ini bukan deraan fizikal. ini sekadar deraan mental. melihat dengan penuh kebencian. mendengar dengan penuh kesakitan. kesabaran yang aku bina kian mengikis sedikit demi sedikit sikap keperimanusiaan aku. aku risau dan aku bimbang. takut andai satu saat benci ini akan mengikis seluruh rasa hormat terhadap mereka.
mulut aku kunci rapat. aku yang suatu ketika dulu boleh bergelak tawa bebas dah hilang kunci untuk itu. aku ibarat si becok yang mentransformkan diri ke arah si pendiam. mata yang dulu galak bersinar kini suram tanpa cahaya. berseorangan memandang ke hadapan hanya akan menghasilkan titisan air mata. mungkin aku tidak mengharapkan sesiapa pun untuk menjadikan tulang belakang aku, mungkin juga aku tidak memerlukan sesiapa pun meminjamkan bahunya untuk aku lepaskan segala rasa yang terbuku. tapi..aku tetap manusia, yang kadang tewas dek perasaan. di sini aku coretkan segalanya. yang tersurat biarkan tersirat. bagi yang memahami cukuplah sekadar di sini.
kerna kaki yang terpasung di sini, aku cuba untuk belajar menjadi kuat. aku bina benteng kekuatan sedikit demi sedikit. aku asingkan jauh diri dari orang ramai. kerna itu rakanku boleh di kira dengan jari. aku tidak mahu mereka terlibat dengan cerita sengsara ini. aku tidak mahu mereka memandang aku dengan perasaan belas kasihan. kerna aku bukan pengemis rasa simpati. aku sepikan diri. aku hidup dalam dunia sendiri. aku pekakkan telinga dari cerita-cerita dunia. aku yang seorang sukar untuk di fahami. kata mereka aku ego dengan diri sendiri. aku tidak pernah mengizinkan mereka untuk memahami aku. biarlah aku seorang yang pusing dan lelah mencari kehendak diri.
bila tiba saat keritikal, hati ku yang tak punya bentuk di toreh berkali-kali. aku sesak, dan aku lelah. saat itu aku rasa ingin saja aku lari jauh. bertapa di dalam sungai. atau bersembunyi di atas gunung-ganang. atau tidur di dalam laut. paling tidak berlari di dalam hujan. bila masanya datang, kesihatan aku akan merosot teruk. demam bertandang. bukan sehari dua. tapi berminggu-minggu.. aku pasrah bukan kerna menyerah. tapi aku sekadar membina benteng kekuatan yang kian roboh. aku cuba mempertahankan rasa hormat terhadap manusia-manusia kejam itu..
ps : kalau hati dia sering mengingatkan jasad supaya tidak berputus asa, kenapa tidak kau?
- puteri dongeng yg mengharap hidupnya sekadar dongengan-


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.