Monday, January 23, 2012

Kisah Puteri Dongeng - part1

Merasa hidup ini perit dan kejam, aku cuba untuk tabahkan diri. benar ! bahu kiri ku terasa kian memberat. aku hamba-NYA yang selalu culas. ingkar mengikut perintahnya. kadang kala bukan kesedaran itu tiada, puas menadah tangan meminta Allah mengurniakan sinaran hidayah buat hati kecil ini. tapi bila memikirkan peritnya hidup dalam penderitaan, aku dengan rela hati menghancurkan hidup sendiri. menyerah kedua-dua belah tangan untuk di gari. membiarkan kedua-dua belah kaki terpasung tidak berjalan. aku seperti melontar diri sendiri ke dalam api neraka. Ya Allah masihkah ada ruang untuk aku kembali ke jalan-MU......

Kata mereka hidup aku bahagia ! punya keluarga yang lengkap. kasih sayang yang menggunung. tapi di sebaliknya mereka tidak nampak pandangan hening di sebalik sepasang mata. hakikatnya suram dan gelap. kerna itu kata mereka. kata mereka yang tertipu dengan helah keluarga ini. mereka hanya melihat, tanpa memerhati. mereka hanya mengadili tanpa mahu mengerti. sukarnya untuk aku bertahan, aku cuba berlari. tidak ingin membiarkan diri terpasung di tengah-tengah ruangan yang penuh hipokrit. aku tutup kedua-dua belah telinga, aku terus kunci mulut rapat-rapat. aku rela menjadi si pekak lagi bisu daripada membiarkan hati kecil ku di toreh dan di sakiti walau kenyataannya hati ini dah tak punya bentuk.

Aku lihat, ramai yang tersungkur. jatuh dalam perjalanan sebuah kehidupan. mungkin kerna mereka sangka hidup ini adalah destinasi, tapi mereka silap sebab hidup ini hanyalah perjalanan. akhirat adalah destinasi yang pasti. bila melihat mereka dengan masalah aku tertanya-tanya apa masalah mereka? dan bagaimana cara mereka menyelesaikan masalah itu. sama atau tidak seperti aku yang sering melarikan diri. agar tidak di kecam dengan air mata. benar itu antara mereka dan DIA di atas. kalau aku punya hak untuk menceroboh setiap kehidupan orang lain, dah lama mungkin aku menyibukkan diri untuk mengetahui. tapi dengan masalah yang datang bertimpa-timpa di hempuk di atas kepala biar la aku berseorangan. aku letih, dan aku penat. kalau masalah sendiri tidak dapat di cari jalan penyelesaiannya. kenapa ingin menyibukkan diri dengan masalah orang lain?

...to be continue...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.