Monday, January 09, 2012

it'z me

aku bukan penulis
yg boleh buat hikayat sebuah rasa
yg boleh throw out semuanya melalui penulisan

aku bukan penyanyi
yg boleh sumbangkn suara untuk puaskan hati sendiri
yg boleh lepaskan segala sesak di dada melalui lagu

aku bukan penyair
yg boleh gurindamkan segala resah melalui syair membuai
yg boleh buang segala sakit dengan merdunya suara

aku bukan pelukis
yg boleh lakarkan segala warna kehidupan melalui kanvas kosong
yg boleh zahirkan segala di minda dengan pelbagai warna

aku juga bukan pendebat
yg boleh berhujah untuk membetulkan yg salah
yg boleh provok segalanya sehingga mencetus amarah

aku hanya aku
yg sering membisu, 
hanya kerna banyak bicara kadang mengundang guris dan dosa
yg sering memekakkan telinga,
hanya kerna risau mendengar sesuatu yg meruntun jiwa
yg sering membutakan mata,
hanya kerna gusar melihat perkara yg menghancurkan hati


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.