Thursday, December 29, 2011

..Karangan BUDAK besar..

Rutin harian ku berjalan seperti biasa. Pergi dan balik kerja a.k.a praktikal, tepat pada masanya. Ofis buka 8.30pagi dan berakhir 5.30petang. Jarak yang dekat buat aku tak payah rushing-rushing nak redah kesibukan lalu lintas atau apa-apa pun. Tiap-tiap hari aku dan seorang lagi budak praktikal atau classmate aku akan jadi orang pertama yang terpacak depan ofis, menunggu untuk dibukakan pintu. 

Masuk ofis time pagi perkara pertama yang aku buat adalah tengok kat dinding. tahu kenapa? sebab dekat dinding depan tu ada jam. so aku kira laa lagi berapa jam nak pukul 1.00petang. hahahaha..pukul 1.00petang time lunch oke ! memang waktu tuu yang aku nanti-nantikan. Dah lepas lunch masuk-masuk ja aku tengok dinding sekali lagi. oke, kali neh aku akan kira detik dan saat berapa jam lagi mau pukul 5.30petang. aku mau pulang laaa...hahaha. sungguh propa semata-mata bila p ofis asyik tengok jam ja...*gelak gelong*  (*-+)

oke, kembali kepada hari ini. still seperti biasa. balik ofis malas nak lencong-lencong mana terus hala moto ke rumah. aku hanya menumpang oke, duduk dengan mak saudara ku dengan sorang si cilik. masuk hari neh dah dekat 2minggu kata nak keluar beli barang tapi still tak keluar-keluar. gara-gara balik sikap malas dah penuh satu diri..kihkih. dan..masih sama seperti hari-hari yang lepas, tiada sesiapa di rumah. kosong, sunyi, gelap dan sepi. sendirian lagi. tapi kerna terbiasa aku dah cukup biasa. memang acapkali aku keseorangan, adakalanya sampai ke malam. tapi it's okey for me...aku boleh lepak dalam bilik dengan mySayang iaitu novel2 n lappy kesayangan. hehe....tapi untuk hari ini tak lama, tengah sembang dengan myAdik dekat fon tiba-tiba dengar suara orang memanggil. hairan juga la bila tetiba mereka-mereka balik awal. 

"kakak nak ikut tak pergi rumah lama?" -suara si cilik

"buat apa?" -aku

"nak main bola..'' -si cilik

aku yang balik ofis terus bergayut dengan slumbernya tak mandi lagi terus di ajak keluar. ohlaaaa..pikir punya pikir dari duduk rumah neh sorang-sorang baik aku ikut. terus ja tukar baju sarung tudung. sembur sikit perfume sebab baru ja balik terus keluar. hahaha...oke ! dah wangi..sambar buku report dan lappy terus naik kereta. tapi bila dah sampai serius aku buka lappy ja, masuk penulisan2u. buku report tersimpan sepi di dalam beg. alaa untuk hari neh punya report ja pun yang belum siap. malam neh aku buat la..hihihi *budak akal jenuh*  best la pulak dok kat rumah lama sebab lain 3G laju, rumah baru masyallah punya lembab. menghadap lappy sambil makan kacang. si cilik dah tak kelihatan. awal-awal lagi dah lesap ke taman main bola dengan kengkawannya. mak saudara a.k.a myMaklang plak sibuk buat apa ntah kat belakang. lepas abis cerita Dhia apa ntah kat tv3 tuu terus balik ke rumah satu lagi. tapi sebelum tuu singgah makan dulu.

Makan dekat ja dengan rumah baru. kat simpang jalan yang selalu aku lalu hari-hari nak pergi kerja. kata makLang baru ja bukak. aku pun tak pernah try lagi. tapi serius laa tempat dy selesa n besttt. sesuai buat tempat lepak. dalam otak dah pikir nanti nak ajak mereka-mereka makan kat sini la. hehe..banyak pilihan yang ada western food pun ada gak. oke back ke realiti..di sebabkan seperti malam-malam yang lalu, iaitu aku kenyang jadi aku hanya order special chicken buger ja. malas nak makan. mau diet..hahaha *diet tak seimbang sebab dah memang kering. kata kakak kat pejabat "isshh kuruihh laa hang nehh dila.." hohoho*

kami hanya bertiga. di sebabkan tiada berempat dan tiada berlima. dinner ku malam neh buger+teh ais. makin naik la pipi aku yang memang debommm neh. nasib cikCT tak ada kat sini. haha.. menunggu si cilik a.k.a mySepupu order memang berjanggut. nak beramah mesra n pesan itu ini. main ja banyak. hailaa wahai si cilik..tak pernah lepas dengan cheesenya. punya laa lama abang waiter tunggu last-last pesan buger special tambah cheese ja. hahaha..akal jenuh betul budak nehh, bila air yang kitorang pesan pun dy tambah dengan perkataan buat sedap-sedap yea! banyak mulut..banyak cakap...banyak karenah...habis semua orang dia tegur, semua dy kenal. siap salam segala. beramah mesra kat tempat orang masak lagi tuu......

makanan sampai. tak sampai lima puluh saat, aku dengan slumbernya cubit buger masuk dalam mulut. pisau dan garpu letak tepi. kenyataan hidup aku tak suka makan buger kat kedai. sebab stail aku makan buger memang aneh + pelik + lawak...cubit punya cubit yang si cilik nehh dengan slumbernya "kakak tak basuh tangan".. haha, sengih sambil terus makan. *dalam hati dah basuh kat rumah tadi. ego budak besor..hihi* si cilik basuh tangan, siap angkat tangan baca doa. aku? bukan tak baca doa. tapi dah terbiasa baca dalam hati. hehehe..makan punya makan, selapis-selapis aku makan. mula-mula roti atas, pastu bawah dan sayur, last baru makan tengah. dulu orang-orang yang rapat selalu gak tanya kenapa makan stail tuu dan aku dengan slumbernya cakap tak muat nak angkat buger tuu masuk dalam mulut. hahaha....

tengah sedap-sedap dok cubit sikit-sikit sambil garpu dan sudu elok ja dok tepi abang waiter datang. nak kira berapa ringgit kena bayar. serius aku makan dengan comotnya. satu tangan cubit, satu lagi tangan pegang belakang tudung yang asyik nak ke depan. sama seperti selalunya, berangan yang aku keseorangan. dan apa saja tingkah ku takkan ada orang perasan. sekadar nak legakan diri sendiri, setakat nehh boleh la teruskan lagi. dan...aku rasa abang waiter tuu terlalu lama mengira. padahal sikit ja pun. nak tunggu ambik duit pun punya laa lama. aku macam biasa laa. lelaki sama macam singa. jadi aku tunduk rapat ke meja. tak tengok langsung mukes dy.

Dah abis mencubit dan aku sama macam selalu jadi orang terakhir yang selesai makan jadi dah nak balik. bungkuskan segala makanan yang tak abis. si cilik yang pandai-pandai kelentong kononnya beli buger dua dapat free kentang, padahal dy oder untuk mak dy yang dah kenyang jadi untuk elakkan pembaziran bawa ja balik. bukan free pun kentang tuu kena bayar oke ! si cilik tetap si cilik... sekali lagi dy pergi ke tempat masak untuk minta bungkuskan kentang padahal puas di tegah sebab dah ada plastik buger atas meja. si cilik kembali dan aku nampak riak nakalnya. "kakak abang kat sana tuu kirim salam" erkk tahu laa ramah si cilik ooi. serius tebal muka. hahaha...ohhlaaa, dah la abang waiter tadi tunggu punya lama depan meja, sempat juga la memerhati aktiviti tak berfaedah aku yang makan buger cubit-cubit selapis demi selapis. hahaha..angkat bungkus terus blah...

balik rumah, mandi..solat...kemas segalanya, terus lepak depan tv. hari nehh ada orang teman. jadik dengan bestnyaa aku duduk depan tv. kalau tak jangan harap la aku nak duduk depan tv. sebab aku lepak depan tv bukan untuk tengok tv, aku teman orang ja tengok tv. kihkihkih...aku bawa buku report dan lappy untuk teman. dan report berjaya di siapkan dengan jayanya. tinggal untuk hari khamis ja pun. esok nak minta sign bos no2 a.k.a myPenyelia. so malam neh kena kemaskini. ambik kau..selalu malas sangat..hehe..........

dannnnn...sekarang jam menunjukkan pukul 12.44am + tengah malam. aku masih menaip dan menaip... masa untuk tidur dah tiba. dan aku perlu tutup lappy. esok kalau dalam ofis aku tersengguk-sengguk sila laa ketuk kepala aku yea wahai myOfficemate. hahahaha..oke semua, aku tidurr dulu...bye ! salam......


NOTA.KAKI;
sebenarnya aku nak merapu benda lain
tapi tetiba ja terus terkuar cita lain..
apa-apa ja laa, sebab nak
latih diri jadik
nagging girl
hahaha..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
pesanan penaja : sila semak tatabahasa, kesalahan ejaan, ayat yg tunggang terbalik dan lain2..
------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.