Monday, December 19, 2011

JURNAL 3 HARI 2 MALAM

15/12/2011
masih di rumah, dengan seharian tidak tidur. tak tahu apa yang mengganggu fikiran. resah gelisah. memikirkan hari yang tidak berpenghujung. bila ayah tanya kenapa bangun awal? aku tersengih dalam hati bila masa ntah aku tidur. tapi malas nak cakap kt ayah. nanti disoal pelbagai benda. diam dan terus diam..pukul 3.00 ptg bertolak dari rumah. atas highway ayah tanya nak ke mana? mak just cakap ke depan la. so..ayah drive ja ke depan. hehe..tapi memang rancangan asal nak ke cameron highlands. then bila ayah usulkan pergi KL, kitorang apa pun tak pa. tapi majoriti nak ke cameron. buhsan asyik KL ja. otak aku cuma perlukan ketenangan. aku bukan spesis gurlish yang kaki shoping. so aku rasa better pergi cameron, dekat area perak ja pun.

berjalan la ke mana pun, memang dah habit kena tengok signboard. bila dah nampak exit cameron highlands terus bagitau ayah. tapi ayah dengan slumbernya lajak. erkk kitorang pun tanya la kenapa lajak? nak ke mana? ayah cakap dah co-driver a.k.a mak tak cakap apa pun. kitorang terkebil-kebil. pulak dah. macam tu pun boleh..haha, mak pun naik geram. then plan bertukar. jalan jer ke depan. tak tahu ke mana. rehatkan siAvanza dekat hentian rehat tapah sekejap. lepas tu terus decide dgn spontan kita pergi pahang la. tidur kat jengka24 rumah paktam a.k.a abg kepada mymum. sepanjang jalan, aku memang xda kijo. buka kilang tahik mata ja la. nak online pun line xda langsung atas highway. jalan dan terus jalan..sambil mata meliar tengok signboard cari kuantan. around pukul 10.00mlm sampai jengka24. suprise punya kedatangan. sebab main terjah ja. langsung tak inform nak p sana. haha..sebelum tu singgah berkelah dalam gelap kat hentian batu lanchang. seram bila keliling jalan hutan, dengan gelapnya.

16/12/2011
pagi dah dekat nak tengahari keluar jenjalan rumah adik beradik kat bandar pusat, jengka20. pastu balik jengka24 terus packing barang. lepas makan terus siap sedia nak bertolak. tapi tak tahu pun nak pergi mana. memang langkah kanan kali neh bila p pahang. kena pulak dengan musim rambutan. p sana dengan beg baju penuh siAvanza. balik dengan penuh rambutan satu kereta. buat bekal kata mereka. haha.. bila bincang nak ke mana KL atau cameron, kitorang pun tak tahu. ayah say kalau p KL jenjalan shoping ja la. p cameron pun tak pa. cakap punya cakap last sekali siAvanza meluncur mendaki naik cameron. dengan tak tahu jalan, dengan dah lewat. memang menakutkan. haha. mula-mula sesat juga dekat bandar baru kuala lipis. 2 3 round kat bandar baru kuala lipis pastu berhenti 2 3 kali tanya orang baru nampak jalan. 

pecut punya pecut dekat pukul 9lebih baru sampai tanah rata cameron. masalah lagi bila nak cari tempat penginapan. padahal nak duduk semalam ja pun. last-last ambik ja motel kat tanah rata cameron. tengah-tengah pekan. ntah apa nama motel tu pun aku tatau. waktu jenjalan kat situ memang nak gelak terguling tengok cikwa n boboy (myAdik) kesejukan. pakai baju tangan pendek gituu. nasib la aku dengan ijat (myAdik kecik) bawa sweater. gelak jahat ja kitorang. haha..memang sejuk, even aku yang pakai 2 3 lapis pun macam dah beku. yg best bila ijat cakap sejuk macam kat oversea. bila masa ntah dy penah jejak kaki ke sana. pandai-pandai ja. n mak pula nampak ja kabus terus cakap salji gara-gara sejuk. kihkih..


17/12/2011
bangun pagi terus mandi. masuk bilik air masyallah macam nak jerit, punya la sejuk. tahan jer laa.. terketar-ketar badan gara-gara heater tak boleh diguna pakai. sabor jer la. siap-siap terus on lappy, nak tunggu yang lain-lain siap pun sure lama jg. pukul 10.00pg baru check out keluar dari motel. tapi tak tahu nak ke mana. breakfast pun tak. kitorang memang jarang breakfast. selalu breakfast chum lunch ja. aku memang tak senang duduk, asyik pikir nak bertolak balik ja. semuanya gara-gara LI. dengan barang tak packing. tak tenang jiwa dibuatnya. siAvanza meluncur laju terus ke brincang. jalan 2 3 round dekat situu. beli sayur, strawberi, kaktus dan tengok-tengok jer la apa yang ada. tapi memang tak tahan, sejuk bagai nak gi-la. huhu..aku rasa nak jer balik sekarang. lepas jalan dalam 2 3 jam terus decide turun ke taiping pergi rumah sapa ntah. katanya adik beradik. tapi macam biasa aku dengan dunia aku, yang sukar untuk bergaul menjadikan aku kureng mengenali sesiapa pun. selalu juga kena marah tapi dah terlampau biasa. jadi perkara tuu di kira as normal bagi semua. hihi..


on the way turun dari cameron memang aku tak wat apa dah, terus ja tutup mata. sebab terlampau sejuk. nasib baik Inchik angry bird sudi memeluk. haha..sedar-sedar ja dah sampai kat bawah. kawasan alor pulai tak silap aku, jalan punya jalan agak lama juga baru jumpa rumah yang nak dicari. pastu terus pergi makan mee udang dekat kuala sepetang kot. sedap juga. diorang cakap tempat tu memang terkenal sebab pernah masuk dalam tv. tapi aku tak pernah tengok pun. mahal sebab udang jer banyak, dekat 10ekor udang dalam mee tu. lepas makan terus naik highway dan balik ke kedah. singgah isi minyak dekat kawasan rehat sungai perak tapi tak turun pun sebab lebih asyik melayan mata yang mengantuk. hehe. sampai kedah dalam pukul 9 setengah mlm. tapi tak balik rumah lagi. terus ja pergi rumah tok. kasi buah rambutan bla-bla-bla baru balik..


-kemalasan nak letak pic byk2-

conclusionnya; ini kenyataan yea, aku lebih suka jenjalan atau holiday dgn kawan2. lebih enjoy dan freedom itu milik sejagat. hahaha.. tapi apa-apa pun 3 hari 2 malam yang memang try untuk jadikan da best dgn slumbernya. *peace


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.