Kadang yang menjanjikan kesempurnaan tak datang dengan mudah. Banyak halangan yang perlu kita tempuh. Banyak cabaran yang perlu kita lalui. Walau sukar, walau perit kita tetap perlu melangkah. Cuma mungkin kita akan berhenti melangkah. Bila kita terlampau letih, penat, dan resah...tapi tak salah kalau hanya untuk berehat. Yang tidak memungkinkan kita adalah untuk mengalah selamanya.
Dalam diam tak diam, bising tak bising..dah habis 3 semester kat polimas. Dah nak masuk LI, dan nehh bermaksud dah nak masuk alam pekerjaan. Walau bukan yang sebenar-benarnya. Walau sekadar training semata-mata. Walau sekadar 6 bulan sahaja. Rasa macam baru semalam kepala kusut. Pening mahu memilih ke arah mana langkah harus di atur. Gusar memikir di mana diri harus bertapak. dan macam baru semalam rasa macam nak menangis bila tidak tahu course apa yang ingin di ambil lantaran terlalu banyak yang ingin di gapai. Terlalu banyak yang di impikan. Senyum bila ingatan kembali menjengah. Betul yang mendewasakan kita hanyalah kenangan.
Banyak ragam. Banyak karenah. Lantaran itu juga terlalu banyak kenangan yang tercipta. Mereka dan aku. Antara kami punya tawa. Yea, kami tersenyum bila terlalu banyak gelagat yang mencuit rasa. Kami harungi semuanya bersama. Senyuman kami tak dapat di zahirkan dengan kata-kata kerna yang mengalaminya saja yang tahu bagaimana. dan..sekarang biarlah ia tersimpan kukuh dalam ingatan. Masih segar segalanya, trip ke Langkawi untuk bercuti, overnite di jalanan atau changlon, tengok n main game softball sesama walau dulu aku anti sukan, sambut bufday dan banyak lagi. Fitrah manusia kadang di atas, kadang di bawah.
Walau senyum, walau tawa. Antara kami masih ada air mata. masih wujud tangisan. Cuma mungkin kerna kami saling melengkapi air mata itu masih belum cukup untuk memusnah terus hidup kami. Syukur alhamdulillah bila masih ada tangan yang ada untuk mengesat air mata di sisi. masih ada telinga yang sudi untuk di perdengarkan segala gurindam sumbang kehidupan. tersenyum bila teringat kata antara mereka ; susah nak tengok dila menangis. Aku hanya tersenyum. Yea hanya susah, bukan tak pernahkan?? Air mata aku pernah saja jatuh di hadapan kalian tika rasa sukarnya mathematic hampir buat aku tersungkur waktu sem 2. Air mata aku pernah menitis tika menyaksikan penderitaan wawa bertarung dengan maut. dan..mungkin air mata aku juga akan jatuh waktu pengkebumian wawa kalau tak kerna cikCT mengingatkan, yang wawa hanya perlukan doa kawan-kawannya. bukan air mata.
Jalan yang berliku memang sukar untuk di tempuhi. Apatah lagi bila ianya berduri. Sakit. Sakit mengingatkan segala yang patut hanya layak di bakul sampahkan. Sakit mengenangkan sesuatu yang sememangnya tidak layak untuk berada di ingatan. Allah tuu maha adil kan?? waktu aku jatuh, waktu aku betul-betul tersungkur dengan mehna kehidupan. DIA anugerahkan mereka-mereka ini untuk aku. Hadirnya mereka benar-benar buat hidup aku terisi. Senyum dengan ragam, tangis dalam diam. Walau sesukar mana sekalipun cabaran yang menanti, kami tetap erat berpegangan tangan. tak ada istilah kau, aku bila ada masalah. yang ada hanya kami dan kita. <<senyum>> tengS kawan for being with me no matter what !!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.