Thursday, November 03, 2011

.::HOW 2 DESCRIBE THAT::.


kalau orang lain nk jadik manusia, hmm aku nk jadi apa ek?? burung. dolphin. swan..ntah, aku tak tahu..yang aku tahu aku hamba-NYA. hamba yg tak penah nak mensyukuri setiap yg diberi. hamba yg sering mengeluh dengan ujian yg diberi. hamba yg sering tertunduk menahan tangis. hailah wahai diri..teruknya kamu..

sunggulah aku bukan addin shah. bukan juga Minn Edina, Trisy, Johanna, Ju'a atau mana-mana watak yg digambarkan dalam hikayat-hikayat HLOVATE. cerita mereka penuh ketabahan, cerita mereka berlagu dengan kesabaran, beralun dengan penuh rasa. pelangi indah sentiasa terlakar walau sukar mana pun perjalanan hidup mereka. hikayat seorang aku terlalu penuh dengan rasa. kalau dengan melihat masih belum mampu untuk mengkhabarkan segalanya. dengan hanya memerhati jangan ingat kamu mampu utk menyelami..Yup, aku sama seperti kamu.kamu dan mereka.mereka semua. berjalan, berlari, ketawa dan kadang menangis. Rasa yg kadang buat aku makin memencil, resah yg kadang buat aku makin menyepi, sakitnya menahan segala derita. sehingga segala kesukaran buat aku makin mengunci mulut. dan kebencian buat aku memekakkan telinga dari keadaan sekeliling. (tengs 2 myEarphone)

Kadang bila tiba saat sukar, mahu saja aku berlalu pergi. Pergi jauh dari sini. Berlari jauh ke hujung dunia. Sungguh aku perlu pergi. Untuk mengutip kembali sisa-sisa kekuatan yg makin menjauh tatkala mehna yg sering membuat hidup aku kucar-kacir datang mengganggu. Untuk mencari kembali ruang buat aku bernafas, ingin di tepis keadaan yg sering buat rongga pernafasan aku tidak berjalan lancar tika d'uji.. kadang bila sendiri, sengaja aku lontarkan pandangan jauh-jauh. aku labuhkan diri ke tempat yg sepi. sunyi dan terasing dari org2 lain. dunia mana yg perlu aku jejaki, negara mana yg dapat mengikis rawan di hati kecil ini. khabarkan pada aku. France, Australian, London atau tanah arab. Kalau itu yg mampu kembalikan segalanya yg sepatutnya menjadi milik seorang hamba. sungguh aku sanggup berlari ke sana..

aku kembali lagi ke situ. bukan kerna punya keinginan. tapi atas dasar ada hati yg perlu di jaga. aku tak betah untuk mengutamakan kepentingan diri. aku masih insan yg sedar diri. masih tahu untuk menghargai setiap budi yg ditaburkan, masih memikirkan bukan sedikit keringat yg dicurahkan untuk menjadikan aku sebagai aku yg sekarang. <<senyum dlm tangis>> Di situ tempat aku belajar mengenal segalanya, dan di situ juga tempat yg banyak mengoyak rabak hati kecil seorang aku. dan..d'situ juga yg memerlukan aku untuk menjalin segala ketabahan..

Untuk menjadi kuat aku hanya mampu berserah. aku adalah aku..cuba menjadi seorang yg kejam, hanya untuk mengasuh hati sendiri menjadi kuat. aku adalah aku. cuba untuk menjadi sedingin ais di kutub utara, hanya untu mengasuh hati kebal dengan segala rasa. aku adalah aku. cuba untuk menjadi sediam yg mungkin, hanya untuk mengelak dari mengguris hati mereka.mereka d'sekeliling.

-terus mengintai sinar-

-merapu saat diri loss dalam rasa..Ya Allah tabahkan hati ini dlm mghadapi hari2 sukar-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.