Tuesday, November 29, 2011

.::KATA DHIYA::.

bukan nak meratap, jauh sekali untuk lari jauh dari segala yang kusut kn segala rasa. tapi kerna tak betah untuk simpan segalanya aku biarkan jejari mengetuk aksara di papan kunci yang membisu. aku luahkan segalanya melalui tinta. hanya kerna seorang aku tak mampu untuk bersuara......perit rasanya, tulusnya terlalu sakit....

kerna ingin sedapkan rasa, kerna ingin sejukkan segala kepanasan di dada, aku cuba untuk terus bertahan. kala sendirian di temani resah. acapkali aku tersasar. minda ku layarkan jauh. pandang ke depan. yang hanya gelap. kosong dan tidak punya apa-apa. walau yang di inginkan adalah pemandangan yang menyampaikan buih-buih tawa. bukan air mata semata-mata. aku labuhkan sauh yang berat. agar aku tak perlu lagi kembali ke dunia realiti yang hanya membuai rasa derita sahaja. yang hanya membuahkan segala kekusutan di jiwa. dan kadang terlalu sakit rasa bila terpaksa di akui yang aku sendiri..dan terpaksa untuk tempuhi segala, sendirian. ya sendirian...pasti.....  *senyum pahit*

"suffer sorang-sorang tak pernah wujud sebab DIA sentiasa ada untuk kau

untuk seketika mungkin. tak bukan. seringkali. ya seringkali. setiap saat kiranya tiada sesiapa di sisi, aku cuba sedapkan rasa. dan seringkali mengingatkan diri yang aku masih punya DIA. yang aku bukan suffer sorang-sorang. walau kadang kala air mata seakan tak mampu untuk di tahan. walau kadang kala air mata jatuh tak mengira tempat. sehingga terpaksa untuk aku mencipta helah. selsema, mata masuk habuk... 

maaf, bukan tiada sesiapa untuk mendengar. bukan tiada sesiapa yang sudi untuk meminjamkan telinga. bukan juga tiada sesiapa yang sudi untuk meminjamkan bahu. cuma aku, ya aku yang tak betah. aku yang memilih untuk sendiri. adanya kalian hanya akan membuatkan aku berulang kali menceritakan sesuatu yang menyakitkan. kalian sendiri yang nampak untuk membuka mulut sekalipun cukup sukar bagi aku, apatah lagi untuk bercerita melepaskan segalanya dengan mudah. biar. biar ceritera lara ini hanya antara aku dan DIA. agak sukar kiranya bagi aku untuk bercerita di temani alir air mata. cukuplah untuk kalian berada di sisi. untuk menemani aku menongkah segala rasa yang membeku segalannya. aku tak ingin membuka segala hijab yang tertutup. aku tak ingin meludah ke langit, yang akhirnya akan jatuh ke muka aku semula. kerna yang sakitnya tetap..aku. yang rasanya tetap...aku.

semalam;
kata dia -
"Jangan sombong sangat. kalau tak macam mana orang lain nak tolong. kenapa kamu tak macam lain."

kata hati aku -
hey saya bukan sombong. cuma mungkin kamu belum cukup untuk kenali saya. apa yang perlu saya lakukan kalo saya lahir dengan genetik yang memang pendiam. saya memang pendiam. tambah-tambah dengan orang yang kurang mesra dengan saya. siapa kamu nak menilai saya..ya saya memang tak macam yang lain, dan kerna kelainan ini yang membuatkan orang di sekeliling saya pening kepala...

hari neh;
kata mereka -
"Kau keras kepala. hati batu....."

kata hati aku -
hey biar la aku keras kepala atau hati batu sekali pun. ada aku kisah. sakit hati aku tak pernah korang mengerti. peritnya kepala aku tempuh segalanya tak pernah korang rasa. so..kenapa masih nak menilai aku dengan penilaian sendiri. mana kau tahu aku keras kepala? mana kau tahu aku hati batu? kalau aku masih menitiskan air mata tatkala di uji derita....

cukup untuk menilai aku. dah aku leburkan segalanya. cuma mungkin kalian yang tak mengerti. cukup untuk menilai aku. dah aku katakan yang kalian masih belum punya ruang untuk mengenali aku. cukup.cukup dan cukup..kalian takkan mengerti, kerna aku sendiri tak pernah untuk mengerti. aku cuba untuk bina segala kekuatan. aku cuba untuk bina segala tembok yang tak memudah aku untuk merasa kecewa saat di uji derita. dengan itu ramai yang mengenali aku dengan hati batu. pendiam. sombong. keras kepala. cool. heartless. dan banyak lagi. biar. nilailah aku dengan cara apa sekali pun. kerna urusan lain biar hanya aku dan DIA. 

kerna ingin lari jauh dengan segala rasa, aku cuba pekakkan telinga. kerna ingin lari jauh dengan segala resah aku cuba untuk jadi manusia yang pendiam. big tengS kepada myEarphone n mouth coz membantu aku menjadi manusia yang pekak dan bisu.............................

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.