Thursday, December 29, 2011

..Karangan BUDAK besar..

Rutin harian ku berjalan seperti biasa. Pergi dan balik kerja a.k.a praktikal, tepat pada masanya. Ofis buka 8.30pagi dan berakhir 5.30petang. Jarak yang dekat buat aku tak payah rushing-rushing nak redah kesibukan lalu lintas atau apa-apa pun. Tiap-tiap hari aku dan seorang lagi budak praktikal atau classmate aku akan jadi orang pertama yang terpacak depan ofis, menunggu untuk dibukakan pintu. 

Masuk ofis time pagi perkara pertama yang aku buat adalah tengok kat dinding. tahu kenapa? sebab dekat dinding depan tu ada jam. so aku kira laa lagi berapa jam nak pukul 1.00petang. hahahaha..pukul 1.00petang time lunch oke ! memang waktu tuu yang aku nanti-nantikan. Dah lepas lunch masuk-masuk ja aku tengok dinding sekali lagi. oke, kali neh aku akan kira detik dan saat berapa jam lagi mau pukul 5.30petang. aku mau pulang laaa...hahaha. sungguh propa semata-mata bila p ofis asyik tengok jam ja...*gelak gelong*  (*-+)

oke, kembali kepada hari ini. still seperti biasa. balik ofis malas nak lencong-lencong mana terus hala moto ke rumah. aku hanya menumpang oke, duduk dengan mak saudara ku dengan sorang si cilik. masuk hari neh dah dekat 2minggu kata nak keluar beli barang tapi still tak keluar-keluar. gara-gara balik sikap malas dah penuh satu diri..kihkih. dan..masih sama seperti hari-hari yang lepas, tiada sesiapa di rumah. kosong, sunyi, gelap dan sepi. sendirian lagi. tapi kerna terbiasa aku dah cukup biasa. memang acapkali aku keseorangan, adakalanya sampai ke malam. tapi it's okey for me...aku boleh lepak dalam bilik dengan mySayang iaitu novel2 n lappy kesayangan. hehe....tapi untuk hari ini tak lama, tengah sembang dengan myAdik dekat fon tiba-tiba dengar suara orang memanggil. hairan juga la bila tetiba mereka-mereka balik awal. 

"kakak nak ikut tak pergi rumah lama?" -suara si cilik

"buat apa?" -aku

"nak main bola..'' -si cilik

aku yang balik ofis terus bergayut dengan slumbernya tak mandi lagi terus di ajak keluar. ohlaaaa..pikir punya pikir dari duduk rumah neh sorang-sorang baik aku ikut. terus ja tukar baju sarung tudung. sembur sikit perfume sebab baru ja balik terus keluar. hahaha...oke ! dah wangi..sambar buku report dan lappy terus naik kereta. tapi bila dah sampai serius aku buka lappy ja, masuk penulisan2u. buku report tersimpan sepi di dalam beg. alaa untuk hari neh punya report ja pun yang belum siap. malam neh aku buat la..hihihi *budak akal jenuh*  best la pulak dok kat rumah lama sebab lain 3G laju, rumah baru masyallah punya lembab. menghadap lappy sambil makan kacang. si cilik dah tak kelihatan. awal-awal lagi dah lesap ke taman main bola dengan kengkawannya. mak saudara a.k.a myMaklang plak sibuk buat apa ntah kat belakang. lepas abis cerita Dhia apa ntah kat tv3 tuu terus balik ke rumah satu lagi. tapi sebelum tuu singgah makan dulu.

Makan dekat ja dengan rumah baru. kat simpang jalan yang selalu aku lalu hari-hari nak pergi kerja. kata makLang baru ja bukak. aku pun tak pernah try lagi. tapi serius laa tempat dy selesa n besttt. sesuai buat tempat lepak. dalam otak dah pikir nanti nak ajak mereka-mereka makan kat sini la. hehe..banyak pilihan yang ada western food pun ada gak. oke back ke realiti..di sebabkan seperti malam-malam yang lalu, iaitu aku kenyang jadi aku hanya order special chicken buger ja. malas nak makan. mau diet..hahaha *diet tak seimbang sebab dah memang kering. kata kakak kat pejabat "isshh kuruihh laa hang nehh dila.." hohoho*

kami hanya bertiga. di sebabkan tiada berempat dan tiada berlima. dinner ku malam neh buger+teh ais. makin naik la pipi aku yang memang debommm neh. nasib cikCT tak ada kat sini. haha.. menunggu si cilik a.k.a mySepupu order memang berjanggut. nak beramah mesra n pesan itu ini. main ja banyak. hailaa wahai si cilik..tak pernah lepas dengan cheesenya. punya laa lama abang waiter tunggu last-last pesan buger special tambah cheese ja. hahaha..akal jenuh betul budak nehh, bila air yang kitorang pesan pun dy tambah dengan perkataan buat sedap-sedap yea! banyak mulut..banyak cakap...banyak karenah...habis semua orang dia tegur, semua dy kenal. siap salam segala. beramah mesra kat tempat orang masak lagi tuu......

makanan sampai. tak sampai lima puluh saat, aku dengan slumbernya cubit buger masuk dalam mulut. pisau dan garpu letak tepi. kenyataan hidup aku tak suka makan buger kat kedai. sebab stail aku makan buger memang aneh + pelik + lawak...cubit punya cubit yang si cilik nehh dengan slumbernya "kakak tak basuh tangan".. haha, sengih sambil terus makan. *dalam hati dah basuh kat rumah tadi. ego budak besor..hihi* si cilik basuh tangan, siap angkat tangan baca doa. aku? bukan tak baca doa. tapi dah terbiasa baca dalam hati. hehehe..makan punya makan, selapis-selapis aku makan. mula-mula roti atas, pastu bawah dan sayur, last baru makan tengah. dulu orang-orang yang rapat selalu gak tanya kenapa makan stail tuu dan aku dengan slumbernya cakap tak muat nak angkat buger tuu masuk dalam mulut. hahaha....

tengah sedap-sedap dok cubit sikit-sikit sambil garpu dan sudu elok ja dok tepi abang waiter datang. nak kira berapa ringgit kena bayar. serius aku makan dengan comotnya. satu tangan cubit, satu lagi tangan pegang belakang tudung yang asyik nak ke depan. sama seperti selalunya, berangan yang aku keseorangan. dan apa saja tingkah ku takkan ada orang perasan. sekadar nak legakan diri sendiri, setakat nehh boleh la teruskan lagi. dan...aku rasa abang waiter tuu terlalu lama mengira. padahal sikit ja pun. nak tunggu ambik duit pun punya laa lama. aku macam biasa laa. lelaki sama macam singa. jadi aku tunduk rapat ke meja. tak tengok langsung mukes dy.

Dah abis mencubit dan aku sama macam selalu jadi orang terakhir yang selesai makan jadi dah nak balik. bungkuskan segala makanan yang tak abis. si cilik yang pandai-pandai kelentong kononnya beli buger dua dapat free kentang, padahal dy oder untuk mak dy yang dah kenyang jadi untuk elakkan pembaziran bawa ja balik. bukan free pun kentang tuu kena bayar oke ! si cilik tetap si cilik... sekali lagi dy pergi ke tempat masak untuk minta bungkuskan kentang padahal puas di tegah sebab dah ada plastik buger atas meja. si cilik kembali dan aku nampak riak nakalnya. "kakak abang kat sana tuu kirim salam" erkk tahu laa ramah si cilik ooi. serius tebal muka. hahaha...ohhlaaa, dah la abang waiter tadi tunggu punya lama depan meja, sempat juga la memerhati aktiviti tak berfaedah aku yang makan buger cubit-cubit selapis demi selapis. hahaha..angkat bungkus terus blah...

balik rumah, mandi..solat...kemas segalanya, terus lepak depan tv. hari nehh ada orang teman. jadik dengan bestnyaa aku duduk depan tv. kalau tak jangan harap la aku nak duduk depan tv. sebab aku lepak depan tv bukan untuk tengok tv, aku teman orang ja tengok tv. kihkihkih...aku bawa buku report dan lappy untuk teman. dan report berjaya di siapkan dengan jayanya. tinggal untuk hari khamis ja pun. esok nak minta sign bos no2 a.k.a myPenyelia. so malam neh kena kemaskini. ambik kau..selalu malas sangat..hehe..........

dannnnn...sekarang jam menunjukkan pukul 12.44am + tengah malam. aku masih menaip dan menaip... masa untuk tidur dah tiba. dan aku perlu tutup lappy. esok kalau dalam ofis aku tersengguk-sengguk sila laa ketuk kepala aku yea wahai myOfficemate. hahahaha..oke semua, aku tidurr dulu...bye ! salam......


NOTA.KAKI;
sebenarnya aku nak merapu benda lain
tapi tetiba ja terus terkuar cita lain..
apa-apa ja laa, sebab nak
latih diri jadik
nagging girl
hahaha..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
pesanan penaja : sila semak tatabahasa, kesalahan ejaan, ayat yg tunggang terbalik dan lain2..
------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, December 27, 2011

Berlari Tak Jejak Tanah

"membawa diri jauh dari teratak sepi......
sungguh lebih rela duduk di rumah kecil di hujung padang dari di situuuu..."

jauh dari teratak sepi
mungkin ini perlunya aku berlari.......
sehingga tak jejak
tanah...
benarkah?

dan...
kalau aku masih di situ
menunggu.......menanti.....melihat..
mungkin
hati yang sedia parah bertambah luka...
hancur tak punya bentuk..
senyum yang tak punya gula !

tapi persoalannya
sampai bila aku ingin jadikan diri sendiri 
sebagai pelarian?
lari dari segala duka..........
lari dari gaung tadahan air mata......
aku sendiri tak punya jawapan
malah
aku sendiri tak betah untuk memikirkannya....

biarlah.....
biar, 
untuk seketika aku tenang sendiri
memang aku tak mampu untuk lari jauh.
memang aku belum berlari mengelilingi tujuh keajaiban dunia
aku masih di sini
malaysia yang katanya demokrasi
tapi
jauhnya aku dari teratak sepi sudah izinkan alir nafas 
berjalan dengan lancar.

alhamdulillah. alhamdulillah dan alhamdulillah
.......aku kuat kerna DIA......
.........aku bertahan kerna DIA.......
dan
...........aku kembali hanya kerna DIA........


................Remember Wahai InchikDIRI..................

"Allah s.w.t always by our side. 
When you feel hard, listened for HIM. When you feel so pain, asked to HIM 
because 
HE never let you down…"

Friday, December 23, 2011

bengang dengan rasa................

hidup ini indah. hidup ini bahagia. pada mereka yang sedih aku ucapkan takziah ! oke benar aku mahu merapu. sebab tika dan saat ini hati berada di tahap kritikal. aku rapuh, aku jatuh. aku tewas. dan..aku sakit. aku benci dia. tapi aku lagi benci diri sendiri sebab aku tak mampu untuk tunjukkan rasa benci ini pada dia. benar aku marah, perlu atau tidak aku pegang pisau untuk hunus ke dirinya? oh tidak mungkin, walau hati aku sudah tak berbentuk, walau jiwa aku dah lama kering kontang, aku masih punya iman yang senipis bawang. aku masih ingat DIA di atas..............

sakitnya bila terpaksa berpura-pura. sedang kebencian aku terhadapnya makin membukit. andai saja dia bukan orang yang perlu aku hormati sudah lama aku berlalu pergi. kejinya cara dia membunuh sedikit demi sedikit perasaan orang disekeliling. aku membesar, aku bangun, aku jatuh dengan tawa dan air mata kerna dia.......

ingin saja aku menjerit. tapi aku masih tahu batasnya seorang insan, tak ingin mengeluh bila sedar aku insan yang terpilih untuk di uji sebegini. benci, memang aku benci..tapi untuk zahirkan kepada dia yang aku benci itu bukan aku. sakit, memang aku sakit. andai saja aku hilang sifat keperimanusiaan dah lama aku hentikan nafasnya di dunia. mujur saja Allah masih kurniakan secebis kesabaran untuk aku terus bertahan..dan jangan hairan kalau satu saat mulut aku terus membisu, jangan hairan juga kalau telinga aku terus tuli dari mendengar, jangan hairan andai satu saat hormat aku apa dia berlalu pergi...................

angin........................
bawa semua kesakitan ini. sebab aku dah tak mampu untuk menggalasnya...................................

dan............
pada dia teruskan usaha anda untuk menyakiti hati semua................!

- puas aku asuh hati yg ini adalah ujian...tapi masih jua blm dimengerti..... -


ingat....

Pelangi itu ada,
Tinggal kita tidak melihatnya,
Bukankah Tuhan telah berjanji kepada kita,
Bahawa setiap kesukaran itu, kesenangan wujud mengiringinya?




~ Hilal Asyraf of LangitIlahi ~


.::Aku Manusia Biasa::.

Jangan treat aku macam malaikat.
walau aku tak pernah marah.
walau aku jarang mengamuk..

kadang manusia,
luar nampak gagah. sejuk dan dingin.
tapi dalam hampir rebah. suram. bongkah rasa kian cair.
mengalirkan bendasing di tubir mata.
sungguh aku jua begitu..
hampir rebah.
hampir tewas..

TEMPAT ASAL CINTA
memang memujuk dalam diam..
pada kau-kau yang mengerti, mungkin kalian akan memahami.
dan..pada kau yang kian kepeningan, cukuplah sekadar tinta ini
berakhir di sini..kerna aku bukan tagihkan sebarang
pengubat untuk tampung segala kepincangan..

sukar untuk mengerti rasa.
sebagaimana rasa benci, marah, sedih
adalah kurnia daripada-NYA.
perencah dalam kehidupan.
supaya hidup lebih warna warni.
macam secawan kopi,
kurang gula pahit ! lebih gula diabetes la alamatnya.

pernah jatuh cinta dengan dy yang hatinya sudah berpunya ?
pernah jatuh cinta dengan dy yang sudah di miliki ?
logik atau tidak, sahih atau bukan.
semua tuu kehendak DIA.
siapa kita nak menghalang segala rasa.
mudah untuk jatuh cinta. tapi untuk melupakannya mungkin sukar.
dan kerna hati kita Allah yang pegang,
dan kerna rasa kita Allah yang kurniakan,
jadi apa hak aku nak marah ?
apa hak aku untuk pertikaikannya ?
sungguh aku kian tidak mengerti.

mungkin orang kata 
golongan yg jatuh cinta pada dy yang sudah berpunya
adalah mereka yang gatal, sengaja, bodoh, suka mencari pasal
atau apa saja. tapi tak salah kalau mereka yang jatuh cinta neh
tak mengganggu gugat kebahagian yang lain.
simpan cinta tuu dalam hati. 
untung-untung dapat mati syahid !

yang salah bila mereka mencelah,
tegar untuk menghunus pisau ke hati kaum sendiri.
mungkin aku takkan pertikai kalau
memang itu takdir dari DIA.
dan..
sememangnya bukan salah seandainya untuk kita jatuh cinta 
terhadap dy yang hatinya sudah berpunya atau dy yang sudah di miliki. 
kalau benar jatuh cinta pada dy yang sudah berpunya itu di anggap dosa. 
kenapa Allah menghalalkan poligami ?

tapi bila mereka yang jatuh cinta kepada dy yang sudah berpunya ini
turut juga sudah dimiliki. harus bagaimana ?
yang bikin dosa adalah perbuatan. bukan perasaan..

hitam putih kehidupan
benar-benar buat aku makin rebah dengan rasa..
kalau putih boleh wat aku tersenyum.
yang hitam pula syabas kerna berjaya buat aku pitam !

sakitnya bila mengetahui orang yang kita sayang
menyayangi orang lain..
pedihnya bila mengetahui orang yang kita cintai
menyintai orang lain..
rasa yang luar biasa. mengikat hati untuk redha.
kita bukan malaikat yang menjamin untuk terus tersenyum bila berduka lara.
kita juga bukan sesiapa untuk menabik dada mengatakan kita takkan tersentuh
walau secuit rasa. 
hey ! siapa yang berani mengaku yang dy akan tersenyum bila kecewa.
susahkan ? memang agak sukar. 
kecuali mereka-mereka yang mempertaruhkan segala rasa
ke TEMPAT ASAL CINTA..

benar aku tak mengerti situasi.
benar juga aku terperangkap dalam gelapnya duniawi.
untuk seketika. tak mungkin seringkali aku cuba untuk tenangkan rasa.
aku mungkin insan terpilih oleh DIA,
untuk di hempap dengan ujian neh. 
puas aku asuh diri....
untuk pasrah dengan segalanya.
untuk redha dengan hakikat yang terbentang.
mana tahu gelapnya duniawi membawa sinar di akhirat nanti.

mengerti hakikat
TEMPAT ASAL CINTA
mungkin boleh buat kita mampu untuk hela nafas dengan lega.
percayalah, kita akan lebih tenang bila menghamparkan cinta yang satu hanya untuk ALLAH.
dan..mencintai dy hanya kerna ALLAH.
kita hanya mampu minta sebab jodoh tu misteri. 
segalanya di tangan DIA..

aku manusia biasa
yang kadang tewas dek marah yang bermaharajalela.
aku manusia biasa
yang kadang tak ingin memahami hakikat pahitnya kehidupan.
aku manusia biasa
yang kadang cair dengan rasa lalu terhasil air mata..

tempat asal cinta
hanya pada DIA......
itu yang aku mengerti. dan ingin aku pahami. dan perlu aku tanam di sudut hati.

--------------------------------------------
pemujuk rasa; TEMPAT ASAL CINTA
---------------------------------------------

*fighting wahai diri coz hidup bukan sekadar untuk gembira..

Wednesday, December 21, 2011

SAYA PERLUKAN MEREKA 2 - kenapa lupa?

kenapa sering lupa ?
kenapa sering lalai ?

start praktikal a.k.a LI
dah masuk 2 3 hari pening kepala.
buku report masih kekal suci
putih. dan bersih..
belum di cemari dengan dakwat
atau sebarang tinta..
kerna hari-hari hanya mukabuku dan penulisan2u
yang jadi kerja utama..
mungkin esok.
mungkin lusa akan mengorak jari jemari
untuk melakar sebuah cerita.

tambah kusut bila kena lakarkan peta.
hey pada mereka yang tak mengerti!
tak tahu kah kamu yang seorang aku terpaksa tunduk bila tiba bab jalan.
tak tahu kah kamu yang seorang aku hanya guna pakai GPS
merangkap sahabat dan keluarga bila di jalanan..
ohlaaa......
aku memang tak tahu jalan
lalu macam mana nak lakar atau lukis peta??

naaa..
baru semalam aku nak cakap yang aku dah tanak cakap
aku PERLUKAN mereka.
sungguh bukan. walau itu yang aku harapkan.
sungguh selalu mereka yang bantu bila aku temu jalan buntu.
nah sekarang kau pikirkan jalan penyelesaiannya sendiri !!
dun't ever say yang kau lupa nak fahami maksud berdikari
setelah kau temui ertinya..

i'am a superwoman.
also catwoman.
yang cuba dan akan terus berusaha untuk berdiri
atas tapak kaki sendiri.
ya! boleh atau tidak.
berjaya atau tidak
sakit atau lelah
aku tak nak ambik kisah.
sebab ALLAH sendiri tengok usaha buka natijah.
apa hak kita untuk mengeluh ?

walaupun dalam 2 3 hari neh
detak nadi hanya ingin keluarkan suara
aku PERLUKAN mereka.
walau irama jantung hanya berlagu
aku PERLUKAN mereka.
rasa bagai nak terbang dapatkan mereka.
berlari ke arah mereka
tapi sedar hakikat diri
ya aku harus cuba untuk berusaha sendiri.....

dah cukup mereka pimpin tangan selama beberapa tika.
dah di ajar merangkak, bertatih, berjalan
lagi mau di ajar berlari wahai diri ?
belajarlah episod kesudahan memanjai diri wahai diri.
tak ke mana kalau asyik susahkan orang lain..
tak perlu getar. tak perlu takut sebab nanti di rumah bawah tanah
kau tetap sendirian !

pandang ke depan..dan terus memikir,
"macam mana nak lukis peta kalau tak tahu jalan" *sambil buka google maps
nahh.....
asyik mengeluh. asyik nak cakap aku PERLUKAN mereka.
sampai LUPA yang aku masih ada DIA di atas.
"kenapa tak cakap nak peta ke pejabat" *suara kakak dipejabat
alhamdulillah akhirnya dengan mudah
tak payah pening2 kepala nak lukis. print. tampal dan siap!
mudahkan percaturan Allah.
silap diri sebab tak bertanya bila tak tahu.
silap diri kerana membisu bila resah.

sering lupa, DIA yang corakkan segalanya.
sering lupa, DIA yang akan permudahkan segalanya.
oke..
terpaksa akui
seorang aku yang muda belia telah di jangkiti
AMNESIA.
lagi mau berdalih ?

NOTA.KAKI;
pssttttttttt ; ingat nak jmpa mereka utk lukis peta
tapi malas nak susahkan suruh dtg ambik pula..
cukup la dah 3sem susahkn mereka.
untuk 6bulan neh nak gali
erti berdikari dan kasi
mereka REHAT dari
seorang aku..
cOz
sem 5 & 6
aku bakal
menyusahkan
mereka
lagi
dann..lagi
terukkan aku ?

*senyum pahit*


------------------------------
sorry & tengkiu utk mereka
-------------------------------


Monday, December 19, 2011

JURNAL 3 HARI 2 MALAM

15/12/2011
masih di rumah, dengan seharian tidak tidur. tak tahu apa yang mengganggu fikiran. resah gelisah. memikirkan hari yang tidak berpenghujung. bila ayah tanya kenapa bangun awal? aku tersengih dalam hati bila masa ntah aku tidur. tapi malas nak cakap kt ayah. nanti disoal pelbagai benda. diam dan terus diam..pukul 3.00 ptg bertolak dari rumah. atas highway ayah tanya nak ke mana? mak just cakap ke depan la. so..ayah drive ja ke depan. hehe..tapi memang rancangan asal nak ke cameron highlands. then bila ayah usulkan pergi KL, kitorang apa pun tak pa. tapi majoriti nak ke cameron. buhsan asyik KL ja. otak aku cuma perlukan ketenangan. aku bukan spesis gurlish yang kaki shoping. so aku rasa better pergi cameron, dekat area perak ja pun.

berjalan la ke mana pun, memang dah habit kena tengok signboard. bila dah nampak exit cameron highlands terus bagitau ayah. tapi ayah dengan slumbernya lajak. erkk kitorang pun tanya la kenapa lajak? nak ke mana? ayah cakap dah co-driver a.k.a mak tak cakap apa pun. kitorang terkebil-kebil. pulak dah. macam tu pun boleh..haha, mak pun naik geram. then plan bertukar. jalan jer ke depan. tak tahu ke mana. rehatkan siAvanza dekat hentian rehat tapah sekejap. lepas tu terus decide dgn spontan kita pergi pahang la. tidur kat jengka24 rumah paktam a.k.a abg kepada mymum. sepanjang jalan, aku memang xda kijo. buka kilang tahik mata ja la. nak online pun line xda langsung atas highway. jalan dan terus jalan..sambil mata meliar tengok signboard cari kuantan. around pukul 10.00mlm sampai jengka24. suprise punya kedatangan. sebab main terjah ja. langsung tak inform nak p sana. haha..sebelum tu singgah berkelah dalam gelap kat hentian batu lanchang. seram bila keliling jalan hutan, dengan gelapnya.

16/12/2011
pagi dah dekat nak tengahari keluar jenjalan rumah adik beradik kat bandar pusat, jengka20. pastu balik jengka24 terus packing barang. lepas makan terus siap sedia nak bertolak. tapi tak tahu pun nak pergi mana. memang langkah kanan kali neh bila p pahang. kena pulak dengan musim rambutan. p sana dengan beg baju penuh siAvanza. balik dengan penuh rambutan satu kereta. buat bekal kata mereka. haha.. bila bincang nak ke mana KL atau cameron, kitorang pun tak tahu. ayah say kalau p KL jenjalan shoping ja la. p cameron pun tak pa. cakap punya cakap last sekali siAvanza meluncur mendaki naik cameron. dengan tak tahu jalan, dengan dah lewat. memang menakutkan. haha. mula-mula sesat juga dekat bandar baru kuala lipis. 2 3 round kat bandar baru kuala lipis pastu berhenti 2 3 kali tanya orang baru nampak jalan. 

pecut punya pecut dekat pukul 9lebih baru sampai tanah rata cameron. masalah lagi bila nak cari tempat penginapan. padahal nak duduk semalam ja pun. last-last ambik ja motel kat tanah rata cameron. tengah-tengah pekan. ntah apa nama motel tu pun aku tatau. waktu jenjalan kat situ memang nak gelak terguling tengok cikwa n boboy (myAdik) kesejukan. pakai baju tangan pendek gituu. nasib la aku dengan ijat (myAdik kecik) bawa sweater. gelak jahat ja kitorang. haha..memang sejuk, even aku yang pakai 2 3 lapis pun macam dah beku. yg best bila ijat cakap sejuk macam kat oversea. bila masa ntah dy penah jejak kaki ke sana. pandai-pandai ja. n mak pula nampak ja kabus terus cakap salji gara-gara sejuk. kihkih..


17/12/2011
bangun pagi terus mandi. masuk bilik air masyallah macam nak jerit, punya la sejuk. tahan jer laa.. terketar-ketar badan gara-gara heater tak boleh diguna pakai. sabor jer la. siap-siap terus on lappy, nak tunggu yang lain-lain siap pun sure lama jg. pukul 10.00pg baru check out keluar dari motel. tapi tak tahu nak ke mana. breakfast pun tak. kitorang memang jarang breakfast. selalu breakfast chum lunch ja. aku memang tak senang duduk, asyik pikir nak bertolak balik ja. semuanya gara-gara LI. dengan barang tak packing. tak tenang jiwa dibuatnya. siAvanza meluncur laju terus ke brincang. jalan 2 3 round dekat situu. beli sayur, strawberi, kaktus dan tengok-tengok jer la apa yang ada. tapi memang tak tahan, sejuk bagai nak gi-la. huhu..aku rasa nak jer balik sekarang. lepas jalan dalam 2 3 jam terus decide turun ke taiping pergi rumah sapa ntah. katanya adik beradik. tapi macam biasa aku dengan dunia aku, yang sukar untuk bergaul menjadikan aku kureng mengenali sesiapa pun. selalu juga kena marah tapi dah terlampau biasa. jadi perkara tuu di kira as normal bagi semua. hihi..


on the way turun dari cameron memang aku tak wat apa dah, terus ja tutup mata. sebab terlampau sejuk. nasib baik Inchik angry bird sudi memeluk. haha..sedar-sedar ja dah sampai kat bawah. kawasan alor pulai tak silap aku, jalan punya jalan agak lama juga baru jumpa rumah yang nak dicari. pastu terus pergi makan mee udang dekat kuala sepetang kot. sedap juga. diorang cakap tempat tu memang terkenal sebab pernah masuk dalam tv. tapi aku tak pernah tengok pun. mahal sebab udang jer banyak, dekat 10ekor udang dalam mee tu. lepas makan terus naik highway dan balik ke kedah. singgah isi minyak dekat kawasan rehat sungai perak tapi tak turun pun sebab lebih asyik melayan mata yang mengantuk. hehe. sampai kedah dalam pukul 9 setengah mlm. tapi tak balik rumah lagi. terus ja pergi rumah tok. kasi buah rambutan bla-bla-bla baru balik..


-kemalasan nak letak pic byk2-

conclusionnya; ini kenyataan yea, aku lebih suka jenjalan atau holiday dgn kawan2. lebih enjoy dan freedom itu milik sejagat. hahaha.. tapi apa-apa pun 3 hari 2 malam yang memang try untuk jadikan da best dgn slumbernya. *peace