Saturday, April 14, 2012

DiLema..

sungguh.
aku sayang mereka. dan mereka.
tapi bila kedua-dua tangan aku di tarik
ke mana langkah harus aku tuju?
di mana diri harus ku bawa?

Ya ALLAH..
berikan yang terbaik untuk kami..
ukhuwah ini terlalu indah untuk aku calari..

kalau kedua-duanya perlukan aku.
kepada siapa harus ku bawa diri.
benar aku buntu.
mencalari sekeping hati terlalu sukar untuk aku.
mengecewakan sekumpulan hati juga terlalu payah.

tapi..
bukankah sekumpulan mampu merawat.
dan sekeping hati itu tetap sendirian..

tunjukkan aku jalan yang benar.
pimpin aku ke landasan yang betul.
aku hanya ingin menjaga hati mereka.
aku hanya ingin mengangkat kepentingan mereka lebih dari aku sendiri.

Ya ALLAH..
berikanlah kami kesudahan yang baik..
amin..

Friday, April 13, 2012

hidup dalam kenangan..

malas..tapi melangkah juga demi sekeping hati.
abaikan orang ramai...

mata memandang ke hadapan. meliar sana sini..
tengok atas, tengok bawahh..
haishhh kau juga yang tak ubah seperti dulu..
seluar track, tudung express dan sarung sweater..
orang lain semua up to date !
jeans, tudung rambu ramba, rambut higlight, baju warna warni..

malu..tak la kot..
dah biasa macam nih. cuma kadang
terdiam seketika. memikir panjang..
aku yang melangkah pergi dari sini..
jauh. dan jauhh..
tapi aku juga yang masih di takuk lama.

mereka?
jumpa depan pun aku dah kurang kenal.
kalau dulu..mungkin lain,
hari-hari sekolah
muka sememeh. tudung labuh. baju putih bersih.
bawa beg berat ke kelas. nampak muka suci bersih
itu tanda diri masih kanak-kanak rebina.
belum kenal erti kebebasan.
belum terdedah debu-debu kehidupan.

hari ini.
muka yang serupa. sebaris nama yang masih sama.
cuma mungkin dulu aku senior, mereka junior.
sekarang tak ada batasan yang membezakan.
ada yang pakai tudung, ada yang tidak.
tapi semua pakaian up to date..
kadang tak mengerti, aku yang pergi
tapi mereka yang berubah.
sungguh kini aku belajar.
yang masa mampu mendewasakan...

syukur..
dengan secebis kekuatan yang ada
aku pergi..
tak menoleh. dan tak mencari semalam yang hilang.
perit. dan sakit..
tapi aku cuba...

kerna penjara rasa itu
aku belajar mengenal sesuatu yang dah lama hilang..



Monday, March 26, 2012

terbang dalam hujan


cerita yang mudah. ringkas dan ntah hapa-hapa...

gelap. sesak. dan..hujan lebat.
pandang ke depan.
5 6 minit terus redah.

||ada waktu, hujan seperti teman akrab aku||

kak..
seorang dila memang rela berhujan
bila hati tengah resah gelisah.

kak..
seorang dila memang akan redah semuanya
kerna ingin terbang dapatkan kebebasan..

kata seorang kawan,
jalan cepat sikit, hujan lebat.

kata seorang dila,
hujan kat atas, kita kat bawahh..

dan..
terus buat ala-ala catwalk gaya 
itik pulang petang..
tgh hujan lebat
bajet  mcm tengah
angin sepoi-sepoi gituu.

||dan..ada waktu hujan seperti musuh no satu||

NOTA.KAKI:
maaf.
berhujan walau 
ditegah..

Saturday, March 24, 2012

cerita yang tak pernah berakhir

-----------------------
CERITA 1
------------------------

kata mereka hidup ini mudah.
sekadar buka mata dan terus melangkah.
aku cuba praktikkan segalanya.
tapi duri di hati kian mengcekam sakitnya !

kata mereka kita mampu ketawa 
bila kita bahagia.
kata aku bila pandangan makin kabur
tunggulah jatuhnya air mata !

kata mereka lagi 
aku kuat. aku gagah. aku berani.
tapi kata aku
mereka tidak tahu
aku sepi. aku sendiri.
dan...
aku perlukan tulang belakang utk berdiri
kerna langkah aku 
kian goyah dengan rasa.

kata mereka percaya dengan diri sendiri
pasti kebahagian akan ada suatu hari nanti.
kata aku, silap aku mungkin
berpaut pada dahan yang reput
walau dahan yang kuat
ada di depan mata. !

-----------------------------------------
CERITA 2
------------------------------------

pejam mata, tutup telinga.
dan dia terpaksa berlagak superwoman.
yang kuat lagi kebal !

ada telinga untuk mendengar,
dan ada mulut untuk bercerita.
tapi
dia pilih untuk diamkan segalanya.
kerna dia
tak suka berbicara sesuatu yang menyakitkan !

maaf untuk telinga yang satu itu.
bukan khidmat kamu tidak diperlukan.
tapi dia lebih memilih untuk
'bersendirian'

----------------------------------------------
CERITA 3
----------------------------------

jasad seolah terpasung di situ.
membiarkan di sakiti sesuka hati.
agar kebal dengan segalanya.

jiwa dan rasa
dah lama menghilangkan diri.
mencari ketenangan
yang kian
menyembunyikan diri..

-------------------------------------------
CERITA KEPADA CERITA
----------------------------------

maaf kepada semua.
ini hari saya merapu.
hari seorang gadis 
jatuh terduduk tak tahu nak bangun !
dan 
maaf kepada yg terdekat dan terapat
beberapa purnama ini
seorang aku bakalan menghilangkan diri..
ingin heret kaki
bertapa di dalam sungai !
mendaki awan tinggi.
atau menghilang di celah belantara sunyi..
'BELAJAR"
cara mengkebalkan diri !

----------------------------------------------------------------
doakan segalanya kembali aman..amin
-------------------------------------------------------------

Saturday, March 17, 2012

belajar mengenal kehidupan

 aku biarkan minda memutar kembali satu persatu kenangan silam. 
menyelak kembali lembaran-lembaran lama yang kian lusuh di ingatan. 
banyak yang indah untuk di kenang. dan banyak teladan untuk di jadikan pengajaran. 
walau ada yang hanya membuat jiwa merusuh tapi aku belum cukup tegar
untuk membakul sampahkan segalanya.
biar saja ia menjadi memori silam untuk aku utuhkan benteng ketabahan yang di bina. 
aku kuat kerna mereka dan mereka.....

rinduu...
mereka yg pernah melihat 'jatuh bangun' seorang aku...

di sini aku cipta kenangan..

SK.Dulang 1999-2004
#kanak-kanak riang berlari sana sini..
merangkak mengenal kehidupan..#

SMK.Dulang 2005-2007
#mula mengenali erti persahabatan.
melihat kehidupan dengan perspektif seorang remaja#


SMT.Kulim 2008-2009
#belajar erti berdikari dan menyendiri.
kuat dalam ukhuwah persahabatan
nice one ! -tidur sebantal, makan sepinggan#

2010- 2013 *insyallah
#sedang mencipta kenangan. 
belajar untuk tidak memanjakan diri.
kuat dalam sebuah pengharapan. mula mengutip penghormatan..#


-there's a lot of memories-






-----------------------------------------------------------
rindu mereka. dan mereka... :'(
-----------------------------------------------------

Wednesday, March 14, 2012

diri rasa. dia bersalah !

-cuba utk jadikan diri mawar berduri-

kenapa kau marah ? sedangkan kau jua begitu.
kenapa kau kecewa ? sedangkan kau dan dia serupa.
diri. jaga iman..pelihara hati.
aku tanak kau mati !

psstttt: aku tak tahu kenapa 2 3 hari nehh aku asyik terpikir tentang khitbah. rasa menarik pula. grrrr..tp calon xda..sapa yg sudi sila datang rumah yea. hahahaha *lawak yg xlucu


NOTA.KAKI:
saya perlukan seseorang utk pimpin saya.
sapa yg sudi sila tampilkan diri !
*keseorangan tonyoh mata.
konon masuk habuk.
oke. sedar. tu alasan lapuk !

Wednesday, March 07, 2012

Aku punya mata utk melihat

aku sering melontarkan pandangan. 


selalu ku dongak ke atas, merenung langit luas yang terdampar awan biru.
tarik nafas, dan hembus perlahan..
tapi tidak lama, cukuplah sekadar beberapa ketika, 
tidak ingin terus mendongak takut aku alpa dengan diri sendiri. 
risau aku lupa dengan segalanya
yang di bawah.


acapkali juga aku tertunduk ke bawah.
merenung dengan penuh kepuasan. biarlah aku seperti orang yang gentar dengan rasa.
asal saja aku tahu manusia tercipta dari tanah. dan kembalinya juga ke sana.
dan..nyata aku juga mampu tersenyum,
bila terpandang rumput yang menghijau. 
dengan alam saujana yang menyejukkan sepenuh
jiwa dan raga...


ada masa aku bawa diri.
sekadar ingin melabuhkan pandangan dalam dunia yang sepi.
duduk di tepian pantai, bukan berseorangan kerna ada teman yang menanti.
tapi aku di beri peluang menyendiri.
aku lontar sauh pandangan jauh ke tengah lautan.
aku lepaskan segala sesak di dada.
aku hapuskan segala resah yang membara..
dan di situ aku kembali tenang.
melihat si camar
yang terbang bebas..


kadang ku bawa langkah kaki ini ke tengah lautan manusia.
aku duduk di tengah2 dunia yang kebisingan.
tak tahu apa yang di cari.
aku hanya melihat sambil berfikir.
bukan mengutuk. bukan juga mengata.
yang baik aku jadikan teladan. yang buruk aku jadikan sempadan.
aku cuma belajar dari pemerhatian.
melihat karenah2 manusia di tengah2
syurga duniawi..