Saturday, November 12, 2011

.::FINAL OH FINAL::.

- final exam -

rasa nak tinggal lappy kt uma
dan
ini bermakna xkan beblog dh
xkan
menulis dah..huhu

skang aku just
perlu atau kena atau wajib berkawan baik
dengan buku-buku..
bercinta dengan nota-nota jaa..


final dah hampir
lagi
 2 3 4 hari lagi..

persedian usah di tanya
aku,
hanya mampu tawakal setelah berusaha..

nasib laa ada 3 paper jaa pun
tuu pun killer tahap luar semesta..haha

aku budak account
so neh..

jadual outing dengan pengawas peperiksaan

        RABU (16/11/2011) ~ Cost Accounting..
                     ISNIN (21/11/2011) ~ Company Law..
                                 RABU (23/11/2011) ~ Financial Accounting..


-keep pray for me yea! moga dapat jawap exam dengan tenang..amin-

Friday, November 11, 2011

.::Puitisnya CINTA bertukar RASA::.

bicara tentang kesusahan
cakap tentang kesukaran..

yup!
semua tak mudah

sebab
segala UJIAN, segala RINTANGAN
takdir hidup
bukan
di tangan kita
DIA yang tentukan.. -.-

sedar,
dari dulu sehingga sekarang
hidup kau terlalu sukar,
keperitan, kesengsaraan, kepayahan
aku nampak sisa ketabahan dan diri yang makin rapuh
saat segalanya seolah menekan..

bukan mudah nak merelakan,
tapi..
kerna terpaksa mungkin,
manusia akan melakukan seribu satu cara
hanya untuk memenuhi kepuasan diri..

hati si tua itu,
kau inginkan dia memahami..
kau inginkan dia mengetahui..
tapi..
tidakkah kau mengerti
di bening mata tua itu ada kesakitan
yang tersembunyi???
kenapa kau sendiri tak pernah nak mengikut liku-liku hidup si tua itu..

aku yang lihat,
dan
aku yang rasa..
kau dan si tua itu di lorong yang hampir serupa 
walau masih tak sama..
gelap, penuh duri..
sakit..
bernanah..
membusur..
dan hampir tak tertanggung..

kenapa kau dan kau tidak berganding bahu
untuk menjadikan mimpi satu kenyataan..
(yea.. memang mudah utk berkata-kata)

saat segalanya sukar,
aku sendiri hampir rebah..
pernah,
aku yang hanya melihat
tertunduk menahan tangis..
menekup muka 
untuk tidak menggambarkan segala kemungkinan..
menyumbat telinga,
hanya untuk menjadi manusia pekak 
yang tidak mendengar segala kekusutan..

dan..
aku cuba untuk faham..
kedua-dua antara kamu..

masih
di situasi yang sama..
masih
di ruangan yang sama..
cuma
mungkin tidak akan aku layarkan lakonan yang serupa..
kerna..
seorang aku,
jelik melihat segala kekusutan..
jijik mendengar segala keluhan..
sakit merasai segala keperitan..
perit menongkah segala kekuatan..
-aku belajar mengerti pada si tua itu -

....................................................................................................................................................
Ya Allah berikan ketabahan pada si tua itu dan dia (kau) utk menghadapi hari-hari sukar 
dan..kuatkan mereka menghadapi segala rintangan, kau berikan sinar kebahagiaan kpd mereka..
.....................................................................................................................................................


Thursday, November 10, 2011

Banyak yang di ceritakan
Banyak yang nk di kongsikan
Banyak yang nak di fahamkan
tapi segalanya jadi sukar..

andai saja segalanya
boleh
..........D'BLUETOOTH......

.::BILA T'KENANG AKAN DIA::.


walau sukar untuk aku akui,

antara kita masih punya ruang perbedaan yg ketara..


namun jauh di sudut hati

aku masih cuba sedapkan rasa..


kesempurnaan diri mu

buat aku melihat jauh segala kekurangan diri..


cuba untuk kembali

bila sering di ingatkan berubah untuk kebaikan bkn sesuatu yg kejam..



- kau inspirasi segenap tika -


Tuesday, November 08, 2011

.::Aku Yg Masih D'Sini::.


#Letih hari-hari begini..kenapa tak dibiarkan saja aku pergi..#


''psssttt ; semalam dengar bunyi benda alah tu mengilai lagik, haiyaa..teruss lari ke luar bilik.. 
tp xpa ari nehh dh nk balik ke perantauan..huhuhu"

Monday, November 07, 2011

.::N!GHTMARES::.

sekitar ceritera dalam 2 3 hari nehh atau 2 3 4 malam.. (penin)

kisahnya bermula apabila ada laa budak sorang neh suka berjaga malam. Malam di jadikan siang, dan siang di jadikan malam. Budak nehh bukan selalu ada kt rumah. Sometimes jer tanah kelahiran tuu di jejaki, bila weekend or cuti sem, n kali nehh budak nehh balik sebab raya haji. hehe..Nak di jadikan cerita budak nehh nak final exam. So malam tuu dia nak berjaga untuk study. Tapi di sebabkan tahap kemalasan mencapai 99% tujuan tersebut mula beralih arah. Dari buku-buku ilmiah mula laa bertukar ke muka buku. (see betapa teruknya budak nehh..hishh apa nak jadi aku pun tatau..)

Kerna kemalasan yang mencapai tahap maksima, dari muka buku beralih ke e-novel dalam penulisan2u. P2u di jelajahinya sehingga tanpa sedar yang jam dah menunjukkan pukul 4.30pagi. (Apa nak jadi laa dengan budak nehh..) budak nehh slalu buat berani. Kononnya dah biasa sebab 2 tahun dok kat asrama. Jadi budak nehh menghadap lappy dengan rumah yg gelap gelemat. Abis di tutupnya semua lampu, cuma tinggal lampu bilik air jer laa terpasang. Sebelum adik-beradik budak neh tidur, diorang dh cakap ada something benda alah yg menakutkan. Tapi diorang tanak cerita sebab jam time tuu dh pukul 12..Small matter laa semua tuu, dalam fikiran budak nehh..hishh benda apa laa yg diorang sorokkan tuuh..xpa esok bdk nehh akan korek rahsia tuu habis-habisan..

Dalam kekusyukkan budak nehh baca e-novel + cerpen dalam web penulisan2u tetiba erkk..dengar suara orang menjerit, menangis, n so on..terpanggung kejap muka budak nehh. Bulu roma dah mencacak, budak nehh rasa mcm nk lari masuk bilik mak n ayah dia. Telinga di tajamkan. Minda terus berlayar. Dalam pikiran terusan berfikiran positif. ohhh mungkin bunyi ayam sebab dh pagi keluhh budak nehh..Terus tutup lappy n tidur. Dasar pemalas nak masuk bilik budak nehh tidur jaa depan tv. haha..

Keesokkan harinya terdetik di hati budak nehh nak tanya perihal yg diorang sorokkan. Tapi xda sapa pun nak cerita. Adik beradik budakk nehh pun stail penakut gak..haha. (2x5 jaa mcm budak nehh sebenarnya..) Nak di jadikan cerita diorang pun mula laa story mory. Dalam kebelakangan nehh benda alah tuu selalu jaa kacau. Pukul 12.00 tengah malam selalu ja jadi mcm2. Adik perempuan budakk nehh, selalu ja dengar bunyik orang menangis, kekadang bunyi benda apa ntah kat dapur. dan..kadang-kadang benda alah neh duk main tarik selimut dengan dy..huhu

Budak nehh pun tersentap. Erkk patut laa semalam dengar macam orang menangis, ketawa, n macam-macam..mana laa budak neh nak tahu dah tak di ceritain. Kalau tau awal2, sah2 budak neh orang pertama yg tidur awal. haha..Malam seterusnya dah tak berani tidur depan tv. dah tak berani nak tukarkan malam jadi siang, siang jadik malam. (baru ada akal ini budakk..haha) Terus tidur awal, tapi xda la awal tera mana pun..terus tidur ramai2 dalam bilik. Mata dah xlarat nak angkat. Kebenaran yang teserlah dah berapa bulan ntah budak nehh tak tidur dalam bilik. kalau balik cuti pun bantai tidur depan tv ja..haha

Oke, dah berjaya terlelap. Macam biasa radio berdentum dentam dalam bilik. Dengan lagu dari fon lagi. Tapi ntah kenapa terjaga balik. haiya..esok nak raya, tidur masih belum tawan hala. Jam dah dekat pukul 2pagi. Tetiba erk katil bergoyang. Bunyi orang main plastik. Adehh dia datang, dengan lenggang lenggoknya. Haiyaa benda alah apa laa selalu kacau nehh. Mulut budak nehh dh terkumat kamit baca 3 qul dengan ayat kursi. Badan dah pecah peluh. Then tak tahu laa pukul berapa tertido. Sedar2, hoi bangun orang nak raya laa! hisshh budak nehh dh la mengantuk giles2.. sabor jer laa..

Petang tuu, budak neh story semua kat mak n adik beradik dia time beraya kat umah tok dia. Ada laa adik beradik dia cerita mak budak nehh pun selalu ja nampak bila benda alah tuu datang. Malam tuu jugak lepas mak budakk neh gtau ayah dia, ayah budakk nehh tabur atau campak beras kunyit penuh rumah. Kata ayah budak nehh sebab utama benda alah nehh bertandang kerana pokok depan umah sebelah kena lintar. Then termasuk juga pokok nyior atau kelapa belakang rumah budak nehh. turut menjadi mangsa lintar. Pokok tuu plak terletak elok ja dekat dengan bilik budak nehh. Patut laa adik budak nehh say, slalu jaa dengar benda alah tuu dok berbunyikk tepi tingkap. (habis cool laa adik budakk nehh..hishh) Benda alahh tuu tersangkut kat pokok tuu kot, sebab tuu xbole p mana-mana..

Hari seterusnya, atau hari raya kedua, atau hari nehh. Semalam budak nehh tidur dalam bilik kakak dia sekali dengan adik dia..haha. Dah habis berani laa kot. Tapi alhamdulillah dah xda dengar apa-apa. Pokok tuu pun akan di berubatkan sebentar lagi. Macam-macam laa kn. Budak nehh balik ingat nak stay up tengah malam study sebab next week final. Di sebabkan benda alah tuu nak teman xpa laa. Balik rumah sewa nanti laa budak nehh study. hahaha..

oke cerita berakhir di sini. dah xlarat nak mengetuk keyboard

"Budakk neh @ Dia = Aku @ Me"


.::OUT FROM MIND::.

dun't trouble da trouble 
if u dun't want trouble to trouble u!

-dah xtercantum-

-parah-

-myInche Hati utk this Eidul Adha-