Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

Monday, December 05, 2011

bila kesedaran satu kenyataan..

Suatu petang yang damai.. Di sebuah Taman Tasik yang dipenuhi orang awam yang datang beriadah.. Kelihatan sepasang kekasih sedang ber'dating'..

Seth : Hai awak.. maaf sebab lambat..

Nora Elena : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?

Seth : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..

Nora Elena : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..

Seth : Awak... Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…

Nora Elena : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak..

Seth : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?

Nora Elena : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..

Seth : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas..

Nora Elena : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung tau..

Seth : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak.

Nora Elena : Hmmm.. Yelaa...

Seth : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni..

Nora Elena : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti..

Seth : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke?

Nora Elena : Ermmm....

Seth : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?

Nora Elena : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..

Seth : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.

Nora Elena : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok!

Seth : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?

Nora Elena : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!

Seth : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah.

Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.

Nora Elena : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!

Seth : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya..

Saya sayangkan awak, tapi..

Nora Elena : Tak payah nak tipu! (Nora terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Seth pada dirinya…)

Seth : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…

Nora Elena : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Nora mula menitis di pipinya..)

Seth : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.

Nora Elena : Saya sayang sangat kat awak.. (Nora mula mengesat air matanya…)

Seth : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…

Nora Elena : Awak... Tak kesian kat saya ke?

Seth : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum...

(Seth melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Nora yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan Seth akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT)

Friday, December 02, 2011

.::ENTRY KHAS::.


Dalam 2 3 ari neh. tak mungkin 5 6 7 ari neh entah kenapa tetiba rasa nak run away. rasa nak diam sekejap. tak tahu sampai bila. dan tak tahu juga kenapa. tapi tak kisah laa. untuk hari neh fb kena buka juga sekejap. walaupun dah deactive. buka pun sebab nak bg laluan khas untuk budak-budak neh. budak-budak yang dah dewasa. yang dah cukup matang mengikut usia. sebabbb nak ucap selamat ari tua untuk mereka...
*gelak jahat*

Tinta ini khas,
untuk kamu.kamu dan kamu;


    ~ korean say ; saeng-il chugha haeyo
    ~ Franch say ; bon anniversaire
    ~ Hindi say ; Janmadina mubāraka hō
      ~ Thai say ; S̄uk̄hs̄ạnt̒ wạn kei
      ~ Japanese say ; O tanjō-bi omedetōgozaimasu
      ~ Malay say ; Selamat Hari Lahir


aku say ;
Happy belated bufday untuk Diyana n Kinah.
dan untuk Kin happy bufday..... 
MAAP kalau dah lewat or tak jadik orang terawal.
kejamkan aku sebab bufday aku korang yg jadi org first.
sebab masing-masing terlontar jauh kat uma masing-masing
so paham-paham jer la ek... C:
oleh kerna bufday korang 3 dah hampir nak sama tarikh so aku kumpulkan sekali. hehe..
segala jenis hadiah, segala jenis sambutan hari jadi, segala jenis apa-apa laa
aku tangguhkan sehingga kita ketemu. untuk sekarang kira hutang dulu la yeaaa..
tu semua tuntut kemudian, kalau aku lupa tolong ingatkan. 
almaklumlah aku kan tua dari korang. haha.. hmm..
kalau makan kek tu jangan lupa post meh umaa aku sama yea. 
oke, HAPPY BUFDAY again for all of you!
May allah bless sentiasa untuk kamu dan kamu..
sayang semua!!  *hugs*

 - Lagu khas untuk korang semua !! -

                      

|| HAPPY BIRTHDAY song in korean version ||

& 

Da Last One For All Of U !!


|| editing picture by kanak-kanak ribena ||


============================================================================
How do you expect me to remember your birthday, when you never look any older? hehe -.-
===================================================================

sekian...
ketukan keyboard pd 
1/2  Dec 2011
at
5.30 pagi
dengan
mata 
yg
xtahu
nak
pejam..

Friday, November 11, 2011

.::Puitisnya CINTA bertukar RASA::.

bicara tentang kesusahan
cakap tentang kesukaran..

yup!
semua tak mudah

sebab
segala UJIAN, segala RINTANGAN
takdir hidup
bukan
di tangan kita
DIA yang tentukan.. -.-

sedar,
dari dulu sehingga sekarang
hidup kau terlalu sukar,
keperitan, kesengsaraan, kepayahan
aku nampak sisa ketabahan dan diri yang makin rapuh
saat segalanya seolah menekan..

bukan mudah nak merelakan,
tapi..
kerna terpaksa mungkin,
manusia akan melakukan seribu satu cara
hanya untuk memenuhi kepuasan diri..

hati si tua itu,
kau inginkan dia memahami..
kau inginkan dia mengetahui..
tapi..
tidakkah kau mengerti
di bening mata tua itu ada kesakitan
yang tersembunyi???
kenapa kau sendiri tak pernah nak mengikut liku-liku hidup si tua itu..

aku yang lihat,
dan
aku yang rasa..
kau dan si tua itu di lorong yang hampir serupa 
walau masih tak sama..
gelap, penuh duri..
sakit..
bernanah..
membusur..
dan hampir tak tertanggung..

kenapa kau dan kau tidak berganding bahu
untuk menjadikan mimpi satu kenyataan..
(yea.. memang mudah utk berkata-kata)

saat segalanya sukar,
aku sendiri hampir rebah..
pernah,
aku yang hanya melihat
tertunduk menahan tangis..
menekup muka 
untuk tidak menggambarkan segala kemungkinan..
menyumbat telinga,
hanya untuk menjadi manusia pekak 
yang tidak mendengar segala kekusutan..

dan..
aku cuba untuk faham..
kedua-dua antara kamu..

masih
di situasi yang sama..
masih
di ruangan yang sama..
cuma
mungkin tidak akan aku layarkan lakonan yang serupa..
kerna..
seorang aku,
jelik melihat segala kekusutan..
jijik mendengar segala keluhan..
sakit merasai segala keperitan..
perit menongkah segala kekuatan..
-aku belajar mengerti pada si tua itu -

....................................................................................................................................................
Ya Allah berikan ketabahan pada si tua itu dan dia (kau) utk menghadapi hari-hari sukar 
dan..kuatkan mereka menghadapi segala rintangan, kau berikan sinar kebahagiaan kpd mereka..
.....................................................................................................................................................


Saturday, November 05, 2011

.::LELAKI BAIK::.

 ( Adam + Risya = Sayap kiri Cinta )

"Lelaki yang tidak suka kepada kita akan menjauhi kita, dan lelaki baik yang menyukai kita juga akan menjauhi diri kita.."

Oke, sure tertanya-tanya kenapa kn?? sure terhairan-hairan mengapa kn?? hmm..
Untuk lelaki yang tidak menyukai kita, memang dah jelas yang dia akan menjauhkan diri dari kita, dengan alasan dia tak suka akan kita. Bagi lelaki biasa yang menyukai kita, dia akan terus untuk mendekati kita. mendapatkan cinta dan sekaligus cuba untuk menakluk hati kita. Cuma untuk lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kita dia akan menjauhkan diri daripada kita. Hebatkan percaturan Allah s.w.t. 
Andai saja kita yang perempuan ini mampu memahami.....


Thursday, November 03, 2011

.::YG B'NAMA FITRAH::.



Seorang salafus soleh bersyair :

“Engkau berangan-angan panjang di bumi, Padahal tidak diketahui apa yang akan terjadi, Bila gelap malam telah menyelimuti, Masih hidupkah engkau esok hari?, Betapa banyak orang yang sihat tiba-tiba mati, Tanpa sebab yang dapat diketahui, Dan betapa banyak orang yang sakit ingin mati, Tetapi ia masih hidup hari demi hari.”

(Mawarid Az-Zam’an li Durus Az-Zaman)

Thursday, October 27, 2011

.::SAAT SUKAR::.

semalam
seharian di Hospital Sultanah Bahiyah
melihat
saat-saat sukar seorang kawan
yg terus
berjuang untuk terus bernafas sebagai
hamba-NYA

sebak, dah tak terkira berapa titisan air mata
yg jatuh. walaupun
pd awalnya
agak
sukar untuk mencari titik sebuah rasa..

waktu pg
kami di maklumkan yg mesin bantuan pernafasan atau oksigen
kawan akan di CABUT atau di BUANG
after zohor
bermakna kami akan kehilangan 
seorang kawan

tapi..

dengan izin ALLAH S.W.T siapa nk
jangka yang kawan
tetap bertahan sehingga hari ini..
berkat doa semua
mungkin.
.
"semoga wa lebih baik dari tadi....
Ya Allah aku bermohon kepada-Mu Ya Allah....
berikanlah kesembuhan kepada nya.,,,berikanlah kesemptan kepadanya.... 
aku bermohon kpdmu Ya Allah...."
-CikTieja-

semalam
kami di maklumkan
denyutan nadi kawan kembali positif..
nahh
harapan kembali berbunga biarpun pada awalnya
sudah kami cantas tunas2 harapan
yg wujud di hati
sudah kami redha dengan segala kemungkinan
yang bakal berlaku..

<<senyum>>
<<habuk masuk mata>>

"trima kasih kawan2 sbb dtg mlawat wawa...
alhamdulillah denyutan nadi nya positif kmbali...
smoga dia trus brjuang....trima ksih dtg dan bg semangt kat dy...
smga dgn smngat itu dy dpt brtahan.... 
amin.."
-CikTieja-


pagi nehh
kami di maklumkan sekali lagi
kawan
makin lemah..dah xkuat,
baru semalam 
harapan kembali berbunga
dan
hari nehh 
perlu kami cantaskan kembali

"salam...kwan2 keadaan wa dh lemah balik....
pernafasan dy pon dh lemah.... 
jam 12.52"
-CikTieja-


Ya ALLAH
berikan kekuatan kepada kawan kami
untuk terus berjuang..

Ya ALLAH
hilangkn kesakitannya dan berikan kesembuhan
kepadanya..

Ya ALLAH
berikan kesempatan utk kawan
terus bernafas dan berjuang 
di muka bumi ini..

hanya kepada-MU
kami serahkan segalanya

..amin..

- buat kawan iaitu Nur Azila Najwa bt Ronsalan teruskan perjuanganmu,
kami masih belum tegar untuk hidup
tanpa sebaris nama Azila Najwa di dalam kelas DAT3C..
perjuangan kita masih belum selesai
DON'T GIVE UP!!! -

Tuesday, October 25, 2011

.::masih mencari::.

#juz found da niqob gurl mampu buat hati aku terusik#
hope..one day..
aku jua
begitu..
-pray for me-

sering lari dari realiti,
sering impikan yg hidup neh hanya mimpi
sering percaya yg ketidaktahuan bisa menghalangi
kebenaran..

kerna terlalu kerap berlari
aku sering tersungkur
seringkali berlaku tidak jujur pd diri
dan
DIA maha mengetahui
walau perkara sekecil kuman dalam hati
wahai diri !

..senyum..

kerna ingin berlari lagi
nah pagi tadi
DIA tunjukkan sesuatu yg mampu
buka luas mata ini..
terang & nyata

sampai bila nak tutup mata..
hailah diri
bangunlah
bangkitlah..

tersentap ketika
mungkin bukan bagi kamu
tapi bagi aku
ada sesuatu yg DIA tunjukkan
yg perlu aku gali sendiri..

..senyum lg..

kenapa??
ntah, sehingga kini aku masih tercari-cari
seolah menutup mata di dalam cerah dan teraba-raba mencari 
jalan untuk berjalan..
sedarlah wahai diri..
berkali di bisikkan pada hati 
berubah ke arah kebaikan bukan sesuatu yg kejam..
tapi
kenapa masih enggan mengerti..


Saturday, October 22, 2011

.::CINTA YG MERAPU::.

kenapa perlu ada rasa
dan
bila CINTA menghampiri
ramai
yang menewaskan diri
hulur
tangan untuk di gari 
kesengsaraan..

mengeluh..
berangan..
sakit..
kadang ketawa
dan senyum tanpa sebab..

terima kasih CINTA
kerna
dah mencorak hidup untuk semua..

"Boys are stupid,
some men too,
throw rocks at them,
pots and pans too.." 

-HLOVATE-

tetiba teringat quote's nihh
sesuai tak kalau
nak guna bila kecewa??
frust dengan
CINTA..
hahaha..

- Sakit hati! Sakit jiwa! Sakit semuanya bila tengok ramai yg suffer sbb CINTA -
- CINTA Allah S.W.T penyuluh kehidupan -

.::Wanna to Know $oMethIng::.

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

(sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)

Ɩ♥ѵӗ U ayah ({})♥

* mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.

* sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.

* answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian...♥

#Never give up to pray..hope everything can back to normal#
*really miss masa lalu*
-if time can turn back...-

Saturday, October 08, 2011

.::masih bernafas::.

rasa dah tenang sikit,
dah bole bernafas lancar,
mata dah terang,
hati dah senang,
mampu ukir senyuman,
walau tawa kadang-kadang
sumbang..

'UBS'
 walau xberjaya dapat A++
alhamdulillah cukuplah
sekadar lulus..
untuk second test hari esok doakan
pemikiran aku x tersesat mcm
hari semalam..huhu

akan terus bertahan
walau lautan belum sempat
di jejaki..

semua..
doakan langkah aku tidak tersasar jauh dari-NYA
aku masih perlukan DIA untuk memimpin
hari-hari sepiku..hmm

semalam
rasa mcm singkat ja masa..
bicara panjang dgn cikCT
banyak tanya persoalan di minda..
lontarkan segala resah..
alhamdulillah
walau rasa tak cukup
coz masa seakan mencemburui
tapi mampu juga aku tenang dgn segalanya..

bicara persoalan hidup,
luah kata tentang kemusykilan di hati
cakap tentang dunia yang makin tenat
saling tukar pandangan tentang Islam
sedar tak sedar 
sampai ayam dah berkokok.. 
^-^

tengS cikCT
kerna keanehan KITA telah membuatkan
'kamu & orang' 
menjadi satu..


Thursday, September 15, 2011

hey kamu ~ (-.-)

dan..
kerna kamu manusia yang lalai
seringkali DIA hadirkan peringatan.
melalui ujian dan dugaan
 kamu di didik untuk lalui segalanya dengan
KETABAHAN..

seringkali diri menunduk,
menahan takung air mata yang yg seakan
ingin mengalir menodai pipi
aliran rasa yang tak keruan..
hati pilu..

bila kedengaran bicara tentang 
CINTA
diri kelu tak bersuara
nak menafikan rasa tak berdaya
nak menasihati di katakan berlagak
segalanya..

hey kamu!
apa yang kamu mengerti tentang cinta
mungkin
cinta bagi kamu bagai uda dan dara
mungkin cinta bagi kamu macam romeo dan juliet
bilamana rasa cinta buat pasangan
memuncak mengawal rasa..
masih terselitkah cinta untuk DIA di atas sana????

kamu dan kamu..
pernah atau tak dalam satuu hari 
rasa bersalah menduakan cinta-NYA
menggunung..
saat tuu apa tindakan kamu.
boleh diri ini tahu???

bagi diri ini
tak layak rasanya untuk menghamparkan
rasa cinta pada dia yg bernama
KEKASIH..
kalau cinta di wujudkan PENCIPTA
maka yang layak memilikinya
hanyalah DIA.. 

kalau dengan cinta-NYA
diri ini jauh
usah dekatkan diri ini dengan cinta si kekasih
ianya sekadar duniawi..
mendekatinya hanya membuatkan diri
mengundur selangkah
dari syurga..

-secebis rasa-