Wednesday, March 14, 2012

diri rasa. dia bersalah !

-cuba utk jadikan diri mawar berduri-

kenapa kau marah ? sedangkan kau jua begitu.
kenapa kau kecewa ? sedangkan kau dan dia serupa.
diri. jaga iman..pelihara hati.
aku tanak kau mati !

psstttt: aku tak tahu kenapa 2 3 hari nehh aku asyik terpikir tentang khitbah. rasa menarik pula. grrrr..tp calon xda..sapa yg sudi sila datang rumah yea. hahahaha *lawak yg xlucu


NOTA.KAKI:
saya perlukan seseorang utk pimpin saya.
sapa yg sudi sila tampilkan diri !
*keseorangan tonyoh mata.
konon masuk habuk.
oke. sedar. tu alasan lapuk !

Wednesday, March 07, 2012

Aku punya mata utk melihat

aku sering melontarkan pandangan. 


selalu ku dongak ke atas, merenung langit luas yang terdampar awan biru.
tarik nafas, dan hembus perlahan..
tapi tidak lama, cukuplah sekadar beberapa ketika, 
tidak ingin terus mendongak takut aku alpa dengan diri sendiri. 
risau aku lupa dengan segalanya
yang di bawah.


acapkali juga aku tertunduk ke bawah.
merenung dengan penuh kepuasan. biarlah aku seperti orang yang gentar dengan rasa.
asal saja aku tahu manusia tercipta dari tanah. dan kembalinya juga ke sana.
dan..nyata aku juga mampu tersenyum,
bila terpandang rumput yang menghijau. 
dengan alam saujana yang menyejukkan sepenuh
jiwa dan raga...


ada masa aku bawa diri.
sekadar ingin melabuhkan pandangan dalam dunia yang sepi.
duduk di tepian pantai, bukan berseorangan kerna ada teman yang menanti.
tapi aku di beri peluang menyendiri.
aku lontar sauh pandangan jauh ke tengah lautan.
aku lepaskan segala sesak di dada.
aku hapuskan segala resah yang membara..
dan di situ aku kembali tenang.
melihat si camar
yang terbang bebas..


kadang ku bawa langkah kaki ini ke tengah lautan manusia.
aku duduk di tengah2 dunia yang kebisingan.
tak tahu apa yang di cari.
aku hanya melihat sambil berfikir.
bukan mengutuk. bukan juga mengata.
yang baik aku jadikan teladan. yang buruk aku jadikan sempadan.
aku cuma belajar dari pemerhatian.
melihat karenah2 manusia di tengah2
syurga duniawi..

Tuesday, March 06, 2012

tarik pp kanan tarik pp kiri

aku cuba untuk berundur. aku cuba untuk cari turning point yang aku tahu memang ada. aku cuba untuk kembali. aku cuba untuk betulkan segalanya. dan..makin aku cuba makin sukarnya kian terasa. tapi aku akan terus untuk mencuba selagi peluang masih ada.....

kata dia, manusia memang perlu jadi hipokrit. kata dia juga manusia hidup dalam dunia yang penuh keegoan. dan dia salah seorang daripadanya. dan..aku hanya senyum sambil hati kecil mengakui yang kadang aku juga terpaksa jadi hipokrit, ketawa bila rasa nak menangis dan menangis bila rasa nak ketawa. tersenyum lebar bila mengakui yang aku juga ego..tapi untuk itu biar aku jadikan ego itu satu ruang untuk aku belajar menilai diri, biar aku jadikan sempadan untuk bina tembok ketabahan. kerna seorang aku kadang kala terlalu kejam pada diri sendiri...

marah? pada manusia yang hanya tahu menghamburkan amarah tanpa menyiasat. aku hanya mengikut arahan. apa yang kau pinta itu yang aku lakukan. salah diri inikah bila terlalu pasif melakukan segalanya. aku akui kadang salah diri bila tiba saat kebluran tahap maksima sehingga alpa dengan realiti kehidupan. ketahuilah seorang aku adalah insan yang baru bertatih untuk melihat kehidupan. aku masih perlukan tangan kalian untuk memimpin melancarkan perjalanan seorang aku..maaf untuk segalanya....

ya dulu aku ada dia! untuk dia yang aku jadikan sandaran..kau memang kekuatan aku. saat diri rasa tak berdaya benar aku perlukan kau untuk lurutkan sebanyak boleh kekuatan bagi aku terus bertahan. tapi kini aku kian sendirian, melepaskan kau untuk si kekasih umpama aku menjarak segalanya antara kita. kau mungkin tak sedar, dulu kau punya aku untuk cerita segalanya. dan aku punya kau untuk kongsikan semuanya. namun bermula detik kau bergelar kekasih sudah aku campakkan jauh2 kebiasaan itu. kini hanya di sini dan lautan luas tempat aku meluah kata dan rasa.......

transform ! berkali aku bisikkan pada diri. berubahlah menjadi lebih adil pada diri. tak ke mana kalau asyik sakitkan diri. berkali juga aku khabarkan pada diri. berubahlah menjadi yang lebih baik untuk esok hari. tak ke mana kalau asyik susahkan orang sekeliling. dan..berkali juga aku pesan pada diri. berubahlah menjadi yang lebih kuat. tak ke mana kalau susah sikit asyik nak merungut tak sedar segalanya. berkali aku pesan pada diri. hormatlah orang lain walau orang tu tak pernah nak hormatkan diri kau, walau orang tu dah toreh hati kau berkali-kali. dan walau orang tu buat kau nak tidur tak nak bangun-bangun....berubahlah wahai diri...

cuba untuk belajar sedar diri. kadang kerna terlalu leka, aku seolah boneka. sengaja membiarkan orang lain mentertawakan diri. tak tahu punca kadang diri jadi sia. aku umpama badut yang di gunakan untuk hiburan hati manusia. aku umpama pemaisuri tanpa kerajaan. aku umpama biduk tanpa hentian. lalu manakah destinasi yang harus aku tuju? sedar ramai yang ada untuk memimpin langkah yang kian pincang. tapi hakikat aku keseorangan.. memperbodohkan diri ke arah sia....

nota.kaki.1;
tadi ada org call tanya rumah kat mana.
hairan bin ajaib, tak pernah2
ada org call tanya cmtu
ingat ada yg nak masuk
meminang ke hape
rupanya COURIER
nak anto barang..
lucu la bila courier 
tatau cari alamat.
hahahaha..
NOTA.KAKI.2;
senyumm bila dah tahu macam mana
nak kumpul karya HILAL ASYRAF..
tanpa berulang alik ke popular
sebab stok yg selalu
tak ada..
hehehehehe..

Sunday, February 26, 2012

bernafas dalam air mata

jangan tanya kenapa.
bila aku mody tak semena.
jangan tanya kenapa.
bila air mata jatuh tak tentu punca.
jangan tanya kenapa.
dalam tawa muram datang bertandang.

hey hati !
yg tak pernah nak berkerjasama.
bukankah lebih baik kiranya kau kaku tanpa rasa.
kebal biar di toreh. tetap sama biar di pijak sewenang-wenangnya.

cerita 1:
air mata hampir jatuh bila tengah sibuk 'key in' UBS. apakah puncanya?

cerita 2:
rasa nak meraung + tido atas riba cikCT bila tengah mesej dgn dia. kenapa?

cerita 3:
aku kunci mulut rapat-rapat untuk 2 3 minggu neh. asal?

cerita 4:
headfone @ earphone hampir 24jam di telinga dengan lagu yang sama iaitu 'LARA LAGI'.  
apa motifnya?

cerita 5:
asyik nak bebai + marah orang tak tentu hala. mengapa?

cerita 6:
selalu kena tegur dengan kakak2 di ofis sebab muka berlainan. sebab apa?

cerita kepada semua cerita:
banyak cerita sebenarnya tapi biar aku dan DIA yang tahu..
semakin banyak aku bercerita semakin kuat resah yang berkunjung tiba..


pssttt : hidup nehh penuh warna kan? jadi aku cuba pujuk hati, yg 'sedih' tuu perkara biasa dalam hidup neh. kadang apa yang kita nak tak akan kita dapat dgn mudah. mungkin DIA ada sesuatu yang lebih baik untuk kita.


NOTA.KAKI;
- again..
aku menaip dengan lagu
'LARA LAGI'
bergema kuat di telinga !
- minggu neh
minggu aku berulit dgn 
hati dan air mata..


Monday, February 20, 2012

Lelah menahan rasa, bila segalanya kian sukar..

lagi dan lagi. benar aku letih ! penat melayan segala rasa. sehingga adakalanya aku meminta untuk di lahirkan dengan hati batu. biar seribu dugaan, biar sejuta kesakitan menimpa. aku tahu hati aku kebal untuk menerima segalanya. terlalu mengharapkan kemanisan, sehingga ianya bertukar menjadi racun. membunuh sedikit demi sedikit tawa di dalam diri. meroboh sedikit demi sedikit benteng kekuatan di dalam hati.

dalam meniti kehidupan, tak banyak yang aku harapkan. alpa dengan tawa kadang-kadang menjadikan seorang aku sukar untuk menerima segalanya yang berkaitan tangisan. aku lelah sendirian. kadang berjalan perlahan, dan kadang berhenti untuk melepaskan penat. seringkali akal waras berfikir, kenapa aku tak mampu untuk berlari jauh ke hadapan? kenapa aku mesti membiarkan manusia-manusia kejam ini membunuh sedikit demi sedikit kekuatan dalam diri? aku tak tahu. yang aku tahu aku hanya menanti. dan..terus menanti. moga satu saat takdir akan mengubah segalanya.

bukan aku tidak mahu mengorak seribu langkah untuk membela nasib diri. tapi manusia-manusia kejam itu bukan insan yang patut di ingkari. lari beribu batu sekalipun, mereka tetap perlu aku cari. mungkin juga aku hidup kerna mereka. lantaran itu, memang nasib aku berada di sisi mereka untuk hati di toreh dan diperlakukan sesuka hati. benar cakap ku seperti besok aku akan mati. tapi ini bukan deraan fizikal. ini sekadar deraan mental. melihat dengan penuh kebencian. mendengar dengan penuh kesakitan. kesabaran yang aku bina kian mengikis sedikit demi sedikit sikap keperimanusiaan aku. aku risau dan aku bimbang. takut andai satu saat benci ini akan mengikis seluruh rasa hormat terhadap mereka.

mulut aku kunci rapat. aku yang suatu ketika dulu boleh bergelak tawa bebas dah hilang kunci untuk itu. aku ibarat si becok yang mentransformkan diri ke arah si pendiam. mata yang dulu galak bersinar kini suram tanpa cahaya. berseorangan memandang ke hadapan hanya akan menghasilkan titisan air mata. mungkin aku tidak mengharapkan sesiapa pun untuk menjadikan tulang belakang aku, mungkin juga aku tidak memerlukan sesiapa pun meminjamkan bahunya untuk aku lepaskan segala rasa yang terbuku. tapi..aku tetap manusia, yang kadang tewas dek perasaan. di sini aku coretkan segalanya. yang tersurat biarkan tersirat. bagi yang memahami cukuplah sekadar di sini.

kerna kaki yang terpasung di sini, aku cuba untuk belajar menjadi kuat. aku bina benteng kekuatan sedikit demi sedikit. aku asingkan jauh diri dari orang ramai. kerna itu rakanku boleh di kira dengan jari. aku tidak mahu mereka terlibat dengan cerita sengsara ini. aku tidak mahu mereka memandang aku dengan perasaan belas kasihan. kerna aku bukan pengemis rasa simpati. aku sepikan diri. aku hidup dalam dunia sendiri. aku pekakkan telinga dari cerita-cerita dunia. aku yang seorang sukar untuk di fahami. kata mereka aku ego dengan diri sendiri. aku tidak pernah mengizinkan mereka untuk memahami aku. biarlah aku seorang yang pusing dan lelah mencari kehendak diri.

bila tiba saat keritikal, hati ku yang tak punya bentuk di toreh berkali-kali. aku sesak, dan aku lelah. saat itu aku rasa ingin saja aku lari jauh. bertapa di dalam sungai. atau bersembunyi di atas gunung-ganang. atau tidur di dalam laut. paling tidak berlari di dalam hujan. bila masanya datang, kesihatan aku akan merosot teruk. demam bertandang. bukan sehari dua. tapi berminggu-minggu.. aku pasrah bukan kerna menyerah. tapi aku sekadar membina benteng kekuatan yang kian roboh. aku cuba mempertahankan rasa hormat terhadap manusia-manusia kejam itu..

ps : kalau hati dia sering mengingatkan jasad supaya tidak berputus asa, kenapa tidak kau?

- puteri dongeng yg mengharap hidupnya sekadar dongengan-

Sunday, February 12, 2012

bila sukarnya terasa. berlari dalam hujan itu perlu..


angkat tangan.
dongak ke atas.
hujan itu aku tadah.
sakitnya terasa di wajah.
titisnya membasahi diri
sejuknya mencengkam tulang.
tapi aku puas.
dan
aku bebas..

Saturday, February 04, 2012

kaku dengan kehidupan..


selalu pandang ke hadapan.
pejam mata. tarik nafas panjang-panjang.
yea ! kehidupan itu tak mudah.
bukan sekadar buka mata 
dan terus melangkah..

sekeping gambar
yg kaku dengan kehidupan.
bisu dan seolah sepi..
suram dan tak punya senyuman.
yea mungkin !

hari yg sama.
waktu yg sama.
gambar ini di ambil setelah diri 
terpaksa menerima hakikat 
kehilangan..