Sunday, October 16, 2011

.::R.E.N.U.N.G.A.N::.


Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat .. ^_^

Saturday, October 15, 2011

.:::MENYESAL KAHWIN:::.

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.


Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.


Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..


Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.


Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.


Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la

pentingnya cari isteri yang solehah!


“Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..


Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..


Lagi abang sayang ade la..


Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..


Ke memang nak abang jadi gemuk ni?


Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..


Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..


Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!



Friday, October 14, 2011

.::juz THROW the word in Mind::.

kadang-kadang
rasa fedup dengan hidup neh
tak tahu kenapa..
jangan sampai Hlovate m'bawa diri kerna fedup
dengan LIFE kt Malaysia..
aku lari kerna fedup dengan LIFE sendiri sudaa..hmm

mungkin salah diri yang
masih tak tahu nk mensyukuri segalanya..

hati seakan tanak bekerjasama
jiwa jua tanak mahu mengerti

ntah
tak tahu kenapa..

rasa nak nangis tengok LIFE budak2 skrang..
benda yang tak sepatutnya mereka lakukan
benda tuu la yg mereka dekati..
rasa nak nangis pandang sana nmpak yg tak sepatutnya
pandang sini nampak yg tak perlu..
kenapa??

salah siapa..
mak??
ayah??
kawan??
atau..DIA di atas yg masih tidak
mengizinkan mereka menyedari kealpaan mereka..

sendiri
tepuk dada tanya iman 
wahai kawan!

aku bukan insan yg layak menegur,
pernah aku suarakan pd seorang kawan yg rapat..
rasa nak ja tutup mata, pekakkan telinga 
melihat segala yg salah di depan mata..

tapi aku d'persoalkan kembali
mana tanggungjawab aku sebagai kawan..
apa gunanya kawan kalau bukan untuk membimbing kawan yg lain
sementelah di akhirat nanti diri akan
di soal, apa yg aku lakukan
bila melihat kemungkaran di depan mata??

kadang terdetik di hati,
kenapa tanggungjawab aku yg tanak menegur di persoalkan
sedang mereka
 langsung tak ambik kisah tentang tanggungjawab mereka
dengan DIA di atas..

maaf..
aku insan biasa..yg kadang tersasar dengan rasa
untuk menegur kadang di kata suka busybody
untuk biarkan kadang di kata aku tak caring
tak pandai membajai persahabatan
dengan nilai yg sepatutnya..

ohh lalala..
sungguh kadang fikiran aku dh running out dr alam semesta
aku kian tak mengerti dengan hidup neh..

iNSAN :-
sometimes aku rasa aku la nagging gurl, yg kadang buat orang nk jadikan aku bisu..|
mungkin aku patut jd lebih weird  | cocky yes i'am! dengan yg perlu | cool like ais! sometimes when aku takda perasaan bila terlalu fedup dgn rasa | loss di tengah orang ramai it's me.. | heartless to be la kot | silent is myLIFE! bicara bila perlu |



.::bila rasa::.


#Kadang hidup perlukan satu pengertian#


#Walau kita tak pernah cuba memahami jalan mana yg harus kita lalui#


#Terlalu banyak hati yg perlu di jaga..hingga hati sendiri terbiar sepi#


#dan..yea aku sendiri selalu ja tersentap dengan hidup neh. .
bila kemahuan tak seiring dengan impian#



Saturday, October 08, 2011

.::masih bernafas::.

rasa dah tenang sikit,
dah bole bernafas lancar,
mata dah terang,
hati dah senang,
mampu ukir senyuman,
walau tawa kadang-kadang
sumbang..

'UBS'
 walau xberjaya dapat A++
alhamdulillah cukuplah
sekadar lulus..
untuk second test hari esok doakan
pemikiran aku x tersesat mcm
hari semalam..huhu

akan terus bertahan
walau lautan belum sempat
di jejaki..

semua..
doakan langkah aku tidak tersasar jauh dari-NYA
aku masih perlukan DIA untuk memimpin
hari-hari sepiku..hmm

semalam
rasa mcm singkat ja masa..
bicara panjang dgn cikCT
banyak tanya persoalan di minda..
lontarkan segala resah..
alhamdulillah
walau rasa tak cukup
coz masa seakan mencemburui
tapi mampu juga aku tenang dgn segalanya..

bicara persoalan hidup,
luah kata tentang kemusykilan di hati
cakap tentang dunia yang makin tenat
saling tukar pandangan tentang Islam
sedar tak sedar 
sampai ayam dah berkokok.. 
^-^

tengS cikCT
kerna keanehan KITA telah membuatkan
'kamu & orang' 
menjadi satu..


Monday, October 03, 2011

.::LE$$0N 1 : akibat tak jg pandangan+mata::.

ada problem
lagi..dan lagi..
oke! tak baik merungut..

dh dekat 2 3 ari,
hmm tak kot..
rasa mcm dh dekat nk msuk 2 minggu
mata tetiba rasa lain..
sakit mata..
kata mereka-mereka neh
"ketumbit"

mula-mula
setakat sakit-sakit, skang dh start 
bengkak +_ naik apa ntah..
kenapa ek??
hmmm..

mungkin neh ujian DIA di atas..
sebab tak pandai jg pandangan..
sebab tak pandai nak jg diri..
sebab tak pandai nk kawal rasa..
oke! aku makin merapu,
sabar wahai diri..

kata mak ;
mata aku sakit sebab suka bjaga malam..
that;s right mum..anak mu ini
memang burung hantu no1..
kata mak lg ;
jg makan, pantang sikit..jap lg teruk plak,
haha..padahal hari-hari
makan ayam
how aku nak pantang?? bg tips sikit..

ayah says ;
ambik kain batik kerat kt ujung
then leret kt tepi mata..
oke! aku pun tak paham..
so..aku tak buat,
ayah pesan lg ;
ada satu lg petua ambik sabut
ikat kt mata mcm mana ntah..
agak sukar, so aku putuskan tak payah buat..
huhu..
pegi klinik! oh tidak..
bukan teruk smpai nak bw maut pun..

last skali,
takut nak bawa mata yg problem neh,
risau nak berdepan dgn org ramai dgn mata yg cenggini
petua myBFP fatin syiqin aku ikotkan juga,
letak jaa bawang putih kt mata,
pedihh oke!
hampir tak boleh buka mata..
oke bohong..boleh tp melekat skit,
tapi seriuss sakit..
lama-lama oke laa,,

-tengS utk semua-

.::::pray for me supaya cepat sihat & oke yea::::.


Saturday, October 01, 2011

.:wanna to go::.

2 3 minggu yg kelam + kabut
tak tentu arah..
jalan kadang-kadang mcm tutup mata..
cakap mcm pakai lutut ja,
dh hilang smua akal waras,
dh xkeruan nk pikir
mana betul, mana salah.. 
senget tak ketahuan,
mamai ja rasa..
oke hiperbola aku dah berlebihan!!!

rindu nk ke tempat yg
bole aku lontarkan pandangan jauh..
rindu nak ke tempat yg
bole wt aku letih berbicara sendiri..
rindu nak ke tempat yg
bole aku curahkan segala rasa..
oke!! aku rindu nak duduk tepi pantai..
untuk lontarkan segalanya..

rindu. rindu sangat2..
tapi salah diri sendiri yang da lama xpergi..
letih memburu masa
yg xpenah nk cukup..yg selalu tak izinkan aku
utk duduk mengenang nasib + berangan..
ohh! sungguh masa tuh emas..huhu

 tempat lepaskan segala rasa..

-sini ada deruan ombak, yg mencuci otak kusutku- 

ombak, takkan pernah letih berhempas
doakan aku jua begitu.. 

 lari ke sini, 
seakan detik dan saat thenti buat seketika,
waktu neh..segalanya seakan milik aku!

subhanallah..
terindah hanya milik DIA di atas sana..

aku pencari kedamaian..
di sini aku aturkan langkah,
di sini aku lontarkan pandangan..
mencari segalanya
yang sukar di mengerti..

millionS thanks utk UBS
sebab dengan berjayanya ''beliau' buat aku serabut
aku terpikir untuk menjejak kaki
ke sini lagi!!

lautan luas..
pantai yg tenang..
awan yg membiru..
dada langit yg terbentang..
wait for me..
aku akan kembali
ke sana..
mencari dan mengutip kembali
hari-hari sepi..