Friday, August 17, 2012

Definisi Cinta Teragung

Bila mereka tanya aku, apa itu Cinta? 
aku diam terfikir. kerna bagi aku Cinta itu tiada yang indah.

Bila mereka soal aku, apakah Cinta ini salah?
aku lontar pandangan jauh. kerna hati kian berbaur resah.

Bila mereka mengadu, jauh dari DIA bila wujudnya Cinta ini.
aku mengeluh di dalam hati. mengapa jalan ini yang mereka pilih..

Bila mereka menangis, kononnya dicurangi si kekasih.
aku kelukan lidah. risau terkeluar; itu balasan kau duakan kasih DIA..

Bila mereka katakan; Cinta ini menyakitkan.
aku bagai ingin laungkan; nasib kau hanya kau yang mampu ubah.

betul. bertahun aku memandang..bertahun aku mendengar.. bertahun juga aku menganalisis. dan akhirnya aku simpul sampai mati, yang Cinta ini tiada indahnya. jangan salahkan aku, kalau fikiran aku begitu. mungkin takdir menentukan sekarang bukan masanya untuk seorang aku merasai manisnya percintaan. aku lebih rela sendirian ditemani sepi, dari hati disakiti hari demi hari.

tapi.. sebagai kawan, aku tidak pernah menghalang. aku support dari belakang dan aku tapis segalanya dengan cara aku sendiri. mungkin bagi kamu. kamu semua aku tidak layak untuk membicarakan soal Cinta. jauh sekali memberi pandangan. Maaf. maaf dan maaf..kalau cara aku memberi nasihat salah. dan maaf kalau kamu.kamu rasa aku menyibuk hal kamu. aku tahu letak duduknya seorang aku. jangan risau, ada masa bila perasaan berbaur aku pekakkan telinga dari berbicara perihal Cinta. dan..adakala bila teringatkan amanah sebagai hamba-NYA aku perlu menegur sesuatu yang salah, aku kembali membuka mulut...

Cinta itu akan tiba. kalau bukan hari ini. mungkin esok. mungkin di masa hadapan. yang penting persiapkan diri sendiri.. biar lafaz ijab dan qabul menjadi titik permulaan sebuah Cinta. kerna bagi aku definisi Cinta teragung hanya akan aku temui bila Cinta itu nanti berlandaskan Cinta kepada DIA..

Ya Rabb..
semoga aku terus tabah menyimpan Cinta
ini sampai tiba saatnya.
amin..

Friday, August 03, 2012

Cerita dalam Luka

Sukar sebenarnya menebak hati sendiri. berlagak seolah superwoman paling fantastic. tapi hanya plastik yang menunggu masa untuk dileburkan oleh suhu yang kian memamah segala rasa. sakitnya kian terasa.

kata dia; kau kuat.

dan
dia tak tahu,

4 tahun aku garapkan semua cerita lara ini sendirian. 4 tahun juga aku cuba berlagak kuat. 4 tahun aku bina tembok tinggi yang menutup segala kepincangan ini. dan akhirnya 4 tahun menyaksikan hati aku mati dalam diam....

bukan mudah buat orang faham. sementelah hati sendiri terbiar sepi. tapi rencah kehidupan selalu membuatkan aku rebah sendirian. pengorbanan sebagaimana lagi yang mereka inginkan. belum cukup menyaksikan aku yang kian hilang dalam kegelapan.

mudah kata mereka. senang bicara dia. tapi letak duduknya tetap aku yang sendirian. sukarnya mencipta tembok kukuh selat air mata. sehingga aku kian bisu dan pekak dengan segalanya. risau tawa digali air mata yang aku temui. jalan mudahnya aku kunci mulut rapat-rapat dan aku tutup telinga dari segala bunyi yang buat aku ingin meraung kelelahan...


Thursday, June 28, 2012

noktah sementara

6 bulan 2 minggu.
ada kenangan di situ. ada pengajaran yg ku kutip satu persatu.
pegang. genggam dan simpan erat.

Pada mereka,
terima kasih. terima kasih dan terima kasih.
maaf untuk segalanya..

Tuhan.
aku tidak tahu rasa apakah ini?
tapi aku seolah benci dengan rasa tidak keruan ini..

dan yg aku tahu..
aku bagi peluang untuk 'kita' terbang bebas..
ada jodoh insyallah akan bertemu kembali.

#makan?
#ohhh, xpa puasa..

*senyum 12 juta megawatttt

Saturday, May 19, 2012

sukarnya kian terasa..

sukarnya meniti redha dan memanjat syukur namun aku belajar.......

2 3 4 tahun yang tidak ketahuan.
dan aku harap untuk 2 3 4 tahun akan datang
segalanya akan berakhir
dengan aman. dengan tenang....

letih. sakit. perit.
bergabung. bercampur..bergaul menjadi satu..
sebati..sehingga hati kian kaku. kian mati.
kebal dengan segalanya.
kabur dengan ihsan...

benci. dan dendam...
kata mereka ianya tidak baik..
tapi..hanya diri mengerti.
untuk asuh diri sendiri terima segalanya dengan redha
bukan mudah...
bukan senang.......

payah..
sukar untuk diterima.
air mata seolah teman. bagai kawan akrab.
mengekori tika sepi. tatkala sendiri.

acapkali ingin aku bawa diri ke hujung dunia.
jauh terasing. lontarkan segala rasa.
agar jauh dengan sengsara.
gelap. dan suram.
ingin aku jerit sekuatnya..
melepaskan rasa yang terbuku didada.......

biar jauh.
biar tak nampak.
kerna makin hari aku makin tak mengerti.
gusar satu hari nanti hati ini kosong untuknya.
risau satu saat nanti hormat ini hilang padanya.

cuba untuk memahami.
gelap itu mengaburi matanya.
cuba untuk memahami.
kosong itu mengikuti hatinya.
cuba untuk memahami.
alpa itu menyelubungi hidupnya.

Tuhan..
kuatkan hati aku untuk terus memerhati kepincangan ini......



Wednesday, May 16, 2012

yang dinamakan kehidupan

lama menahan rasa. lari jauh dari papan kekunci.
berpaling jauh dari blog usang ini..
risau di sini terluah segala rasa..
adakalanya bukan semua kisah perlu dicoretkan di sini..
suka. duka. tawa. tangis.
biarlah hanya DIA yang mengetahui..

alhamdulillah,
dalam sakit menahan rasa.
dalam ujian datang bertimpa-timpa.
DIA amanahkan anugerah teristimewa..
tanda DIA masih sayang.
tanda DIA masih mendengar.
setiap rintihan dalam doa..

biar segalanya kucar kacir.
biar aku. kami di hentak segala macam dugaan
sehingga adakalanya hampir rebah
tunduk menahan tangis.
hari ini,
getar semalam sudah berlalu.

senyumlah wahai manusia ajaib..
kami kuat kerana kamu.

biar seribu orang berpaling
biar berjuta manusia mengata.
kasih kami hanya buat kamu..

dan...
terima kasih. terima kasih.  terima kasih
untuk 'dia' yg memberi kehidupan pada kami..
di saat aku. kami rasa yg hidup ini
dah pudar indahnya..

untuk org yang aku sayang....
aku sedang cuba untuk mengerti perasaan seorang kamu..


Saturday, April 14, 2012

DiLema..

sungguh.
aku sayang mereka. dan mereka.
tapi bila kedua-dua tangan aku di tarik
ke mana langkah harus aku tuju?
di mana diri harus ku bawa?

Ya ALLAH..
berikan yang terbaik untuk kami..
ukhuwah ini terlalu indah untuk aku calari..

kalau kedua-duanya perlukan aku.
kepada siapa harus ku bawa diri.
benar aku buntu.
mencalari sekeping hati terlalu sukar untuk aku.
mengecewakan sekumpulan hati juga terlalu payah.

tapi..
bukankah sekumpulan mampu merawat.
dan sekeping hati itu tetap sendirian..

tunjukkan aku jalan yang benar.
pimpin aku ke landasan yang betul.
aku hanya ingin menjaga hati mereka.
aku hanya ingin mengangkat kepentingan mereka lebih dari aku sendiri.

Ya ALLAH..
berikanlah kami kesudahan yang baik..
amin..

Friday, April 13, 2012

hidup dalam kenangan..

malas..tapi melangkah juga demi sekeping hati.
abaikan orang ramai...

mata memandang ke hadapan. meliar sana sini..
tengok atas, tengok bawahh..
haishhh kau juga yang tak ubah seperti dulu..
seluar track, tudung express dan sarung sweater..
orang lain semua up to date !
jeans, tudung rambu ramba, rambut higlight, baju warna warni..

malu..tak la kot..
dah biasa macam nih. cuma kadang
terdiam seketika. memikir panjang..
aku yang melangkah pergi dari sini..
jauh. dan jauhh..
tapi aku juga yang masih di takuk lama.

mereka?
jumpa depan pun aku dah kurang kenal.
kalau dulu..mungkin lain,
hari-hari sekolah
muka sememeh. tudung labuh. baju putih bersih.
bawa beg berat ke kelas. nampak muka suci bersih
itu tanda diri masih kanak-kanak rebina.
belum kenal erti kebebasan.
belum terdedah debu-debu kehidupan.

hari ini.
muka yang serupa. sebaris nama yang masih sama.
cuma mungkin dulu aku senior, mereka junior.
sekarang tak ada batasan yang membezakan.
ada yang pakai tudung, ada yang tidak.
tapi semua pakaian up to date..
kadang tak mengerti, aku yang pergi
tapi mereka yang berubah.
sungguh kini aku belajar.
yang masa mampu mendewasakan...

syukur..
dengan secebis kekuatan yang ada
aku pergi..
tak menoleh. dan tak mencari semalam yang hilang.
perit. dan sakit..
tapi aku cuba...

kerna penjara rasa itu
aku belajar mengenal sesuatu yang dah lama hilang..