Sunday, February 26, 2012

bernafas dalam air mata

jangan tanya kenapa.
bila aku mody tak semena.
jangan tanya kenapa.
bila air mata jatuh tak tentu punca.
jangan tanya kenapa.
dalam tawa muram datang bertandang.

hey hati !
yg tak pernah nak berkerjasama.
bukankah lebih baik kiranya kau kaku tanpa rasa.
kebal biar di toreh. tetap sama biar di pijak sewenang-wenangnya.

cerita 1:
air mata hampir jatuh bila tengah sibuk 'key in' UBS. apakah puncanya?

cerita 2:
rasa nak meraung + tido atas riba cikCT bila tengah mesej dgn dia. kenapa?

cerita 3:
aku kunci mulut rapat-rapat untuk 2 3 minggu neh. asal?

cerita 4:
headfone @ earphone hampir 24jam di telinga dengan lagu yang sama iaitu 'LARA LAGI'.  
apa motifnya?

cerita 5:
asyik nak bebai + marah orang tak tentu hala. mengapa?

cerita 6:
selalu kena tegur dengan kakak2 di ofis sebab muka berlainan. sebab apa?

cerita kepada semua cerita:
banyak cerita sebenarnya tapi biar aku dan DIA yang tahu..
semakin banyak aku bercerita semakin kuat resah yang berkunjung tiba..


pssttt : hidup nehh penuh warna kan? jadi aku cuba pujuk hati, yg 'sedih' tuu perkara biasa dalam hidup neh. kadang apa yang kita nak tak akan kita dapat dgn mudah. mungkin DIA ada sesuatu yang lebih baik untuk kita.


NOTA.KAKI;
- again..
aku menaip dengan lagu
'LARA LAGI'
bergema kuat di telinga !
- minggu neh
minggu aku berulit dgn 
hati dan air mata..


Monday, February 20, 2012

Lelah menahan rasa, bila segalanya kian sukar..

lagi dan lagi. benar aku letih ! penat melayan segala rasa. sehingga adakalanya aku meminta untuk di lahirkan dengan hati batu. biar seribu dugaan, biar sejuta kesakitan menimpa. aku tahu hati aku kebal untuk menerima segalanya. terlalu mengharapkan kemanisan, sehingga ianya bertukar menjadi racun. membunuh sedikit demi sedikit tawa di dalam diri. meroboh sedikit demi sedikit benteng kekuatan di dalam hati.

dalam meniti kehidupan, tak banyak yang aku harapkan. alpa dengan tawa kadang-kadang menjadikan seorang aku sukar untuk menerima segalanya yang berkaitan tangisan. aku lelah sendirian. kadang berjalan perlahan, dan kadang berhenti untuk melepaskan penat. seringkali akal waras berfikir, kenapa aku tak mampu untuk berlari jauh ke hadapan? kenapa aku mesti membiarkan manusia-manusia kejam ini membunuh sedikit demi sedikit kekuatan dalam diri? aku tak tahu. yang aku tahu aku hanya menanti. dan..terus menanti. moga satu saat takdir akan mengubah segalanya.

bukan aku tidak mahu mengorak seribu langkah untuk membela nasib diri. tapi manusia-manusia kejam itu bukan insan yang patut di ingkari. lari beribu batu sekalipun, mereka tetap perlu aku cari. mungkin juga aku hidup kerna mereka. lantaran itu, memang nasib aku berada di sisi mereka untuk hati di toreh dan diperlakukan sesuka hati. benar cakap ku seperti besok aku akan mati. tapi ini bukan deraan fizikal. ini sekadar deraan mental. melihat dengan penuh kebencian. mendengar dengan penuh kesakitan. kesabaran yang aku bina kian mengikis sedikit demi sedikit sikap keperimanusiaan aku. aku risau dan aku bimbang. takut andai satu saat benci ini akan mengikis seluruh rasa hormat terhadap mereka.

mulut aku kunci rapat. aku yang suatu ketika dulu boleh bergelak tawa bebas dah hilang kunci untuk itu. aku ibarat si becok yang mentransformkan diri ke arah si pendiam. mata yang dulu galak bersinar kini suram tanpa cahaya. berseorangan memandang ke hadapan hanya akan menghasilkan titisan air mata. mungkin aku tidak mengharapkan sesiapa pun untuk menjadikan tulang belakang aku, mungkin juga aku tidak memerlukan sesiapa pun meminjamkan bahunya untuk aku lepaskan segala rasa yang terbuku. tapi..aku tetap manusia, yang kadang tewas dek perasaan. di sini aku coretkan segalanya. yang tersurat biarkan tersirat. bagi yang memahami cukuplah sekadar di sini.

kerna kaki yang terpasung di sini, aku cuba untuk belajar menjadi kuat. aku bina benteng kekuatan sedikit demi sedikit. aku asingkan jauh diri dari orang ramai. kerna itu rakanku boleh di kira dengan jari. aku tidak mahu mereka terlibat dengan cerita sengsara ini. aku tidak mahu mereka memandang aku dengan perasaan belas kasihan. kerna aku bukan pengemis rasa simpati. aku sepikan diri. aku hidup dalam dunia sendiri. aku pekakkan telinga dari cerita-cerita dunia. aku yang seorang sukar untuk di fahami. kata mereka aku ego dengan diri sendiri. aku tidak pernah mengizinkan mereka untuk memahami aku. biarlah aku seorang yang pusing dan lelah mencari kehendak diri.

bila tiba saat keritikal, hati ku yang tak punya bentuk di toreh berkali-kali. aku sesak, dan aku lelah. saat itu aku rasa ingin saja aku lari jauh. bertapa di dalam sungai. atau bersembunyi di atas gunung-ganang. atau tidur di dalam laut. paling tidak berlari di dalam hujan. bila masanya datang, kesihatan aku akan merosot teruk. demam bertandang. bukan sehari dua. tapi berminggu-minggu.. aku pasrah bukan kerna menyerah. tapi aku sekadar membina benteng kekuatan yang kian roboh. aku cuba mempertahankan rasa hormat terhadap manusia-manusia kejam itu..

ps : kalau hati dia sering mengingatkan jasad supaya tidak berputus asa, kenapa tidak kau?

- puteri dongeng yg mengharap hidupnya sekadar dongengan-

Sunday, February 12, 2012

bila sukarnya terasa. berlari dalam hujan itu perlu..


angkat tangan.
dongak ke atas.
hujan itu aku tadah.
sakitnya terasa di wajah.
titisnya membasahi diri
sejuknya mencengkam tulang.
tapi aku puas.
dan
aku bebas..

Saturday, February 04, 2012

kaku dengan kehidupan..


selalu pandang ke hadapan.
pejam mata. tarik nafas panjang-panjang.
yea ! kehidupan itu tak mudah.
bukan sekadar buka mata 
dan terus melangkah..

sekeping gambar
yg kaku dengan kehidupan.
bisu dan seolah sepi..
suram dan tak punya senyuman.
yea mungkin !

hari yg sama.
waktu yg sama.
gambar ini di ambil setelah diri 
terpaksa menerima hakikat 
kehilangan.. 

Monday, January 30, 2012

khas buat InchikDiri

|ubat demam.batuk.antibiotik| |terdampar sepi|

Jangan merungut walau demam dh lebih seminggu.
Jangan merungut kalau hidung tak henti-henti berair.
Jangan merungut biarpun batuk bagai nak keluar anak tekak.
Jangan merungut andai badan lemah tak berdaya..

salah siapa yg tak makan ubat.
salah siapa yg pergi klinik sekadar nk ambik MC
salah siapa yg suka berlari dalam hujan
salah siapa yg suka main panas
salah siapa?
tunjuk ibu jari ke depan
sambil
tengok empat jari lg ke belakang.
yes ! 
salah kamu..
wahai InchikDiri..

Nota.Kaki;
demam hari yg ke-8
hanya 2 bijik ubat aku sentuh
1 ubat demam
1 ubat batuk
dan..
ubat antibiotik
maap yea kamu terlalu besar utk
ku telan..
*terimaKasih tuan doc sebab bg ubat bijik yg aku alergik.
kenapa la tak  bg ubat air kn senang*

Friday, January 27, 2012

DIA

Dia bukan kakak.
Dia bukan adik.
Dia bukan kawan.
Dia bukan sesiapa...
Dia adalah hamba Allah,
saudara seislam yg asalnya dari keturunan Adam dan Hawa.

mesej, chat, ym, gmail, facebook atau apa benda lain termasuklah skype
sungguh sekalipun kami tak pernah.
tapi aku rasa aku kenal dia.
ajaibkan?

aku kenali dia
hanya melalui medan penulisan,
open diari.
di situ. di tengah-tengah alam maya.
yg kosong. sunyi. sepi.
tiada lirikan mata, tiada senyum yg terukir di bibir.
aku seolah-olah telah melangkah sebelah kaki masuk ke dalam kehidupannya.
benar segalanya pahit. pahit yg bersulamkan kemanisan.
pahit bila dia di turunkan dengan pelbagai ujian.
manis bila ternyata dia redha dengan segalanya.

sungguh.
aku tak tahu kalau dia hanya mencoretkan sesuatu yg hanya khayalan.
tapi pada aku, pada pandangan mata aku, pada nilaian hati aku
ada sesuatu yg menarik pada coretan-coretan bisunya.
byk yg aku kutip dan cari gali di situ.
ada pengalaman yg mematangkan.
ada kekuatan yg mengajar ketabahan.
ada sendu yg mengawal tawa.
ada kuatnya CINTA kepada Allah.
pengajaran demi pengajaran
agar aku baiki diri sendiri..

aku tersentuh.
bukan tak pernah tengok orang derita.
bukan tak pernah nampak orang lain kecewa.
tapi,
dia yg seorang benar-benar punya kelainan.
kalau orang lain teruji dengan putus cinta, result teruk, n byk lg
tapi dia teruji dengan sakit.
sejak kecil.
tak pernah mampu untuk berdikari.
kadangkala terpaksa utk bergerak ke sana sini dengan kerusi roda.
adakalanya juga terpaksa ke hulu hilir macam nenek yg bongkok tua.
padahal dia masih muda. kalau nak ikutkan budak-budak sebaya dia
kelek buku ke sana sini utk cari ilmu di kolej universiti tapi dia.....hanya sekerat jalan.
itu pun kerna tidak ingin menyusahkan orang2 sekeliling.
ya Allah benarlah dia insan yg terpilih.

alhamdulillah..
dia yg sering berdoa
agar nyawa di tarik dalam sujudnya yg terakhir.
dia yg sering berdoa
agar nyawa di ambil ketika di tanah suci
di beri kesempatan untuk hidup bahagia kini.
walau kadang jalannya masih bergesot. masih berkerusi roda,
masih berbongkok, masih di gendong orang..

walau wajahnya tidak aku kenali,
tapi matanya memancarkan seribu ceritera.
lewat hari akan datang.
aku harap.......
seraut wajah yg tersembunyi di sebalik purdah itu
akan bersinar dengan cahaya kebahagian.

ya Allah,
kuatkan dia dalam menempuhi hari-hari akan datang.....
amin~

Monday, January 23, 2012

Kisah Puteri Dongeng - part1

Merasa hidup ini perit dan kejam, aku cuba untuk tabahkan diri. benar ! bahu kiri ku terasa kian memberat. aku hamba-NYA yang selalu culas. ingkar mengikut perintahnya. kadang kala bukan kesedaran itu tiada, puas menadah tangan meminta Allah mengurniakan sinaran hidayah buat hati kecil ini. tapi bila memikirkan peritnya hidup dalam penderitaan, aku dengan rela hati menghancurkan hidup sendiri. menyerah kedua-dua belah tangan untuk di gari. membiarkan kedua-dua belah kaki terpasung tidak berjalan. aku seperti melontar diri sendiri ke dalam api neraka. Ya Allah masihkah ada ruang untuk aku kembali ke jalan-MU......

Kata mereka hidup aku bahagia ! punya keluarga yang lengkap. kasih sayang yang menggunung. tapi di sebaliknya mereka tidak nampak pandangan hening di sebalik sepasang mata. hakikatnya suram dan gelap. kerna itu kata mereka. kata mereka yang tertipu dengan helah keluarga ini. mereka hanya melihat, tanpa memerhati. mereka hanya mengadili tanpa mahu mengerti. sukarnya untuk aku bertahan, aku cuba berlari. tidak ingin membiarkan diri terpasung di tengah-tengah ruangan yang penuh hipokrit. aku tutup kedua-dua belah telinga, aku terus kunci mulut rapat-rapat. aku rela menjadi si pekak lagi bisu daripada membiarkan hati kecil ku di toreh dan di sakiti walau kenyataannya hati ini dah tak punya bentuk.

Aku lihat, ramai yang tersungkur. jatuh dalam perjalanan sebuah kehidupan. mungkin kerna mereka sangka hidup ini adalah destinasi, tapi mereka silap sebab hidup ini hanyalah perjalanan. akhirat adalah destinasi yang pasti. bila melihat mereka dengan masalah aku tertanya-tanya apa masalah mereka? dan bagaimana cara mereka menyelesaikan masalah itu. sama atau tidak seperti aku yang sering melarikan diri. agar tidak di kecam dengan air mata. benar itu antara mereka dan DIA di atas. kalau aku punya hak untuk menceroboh setiap kehidupan orang lain, dah lama mungkin aku menyibukkan diri untuk mengetahui. tapi dengan masalah yang datang bertimpa-timpa di hempuk di atas kepala biar la aku berseorangan. aku letih, dan aku penat. kalau masalah sendiri tidak dapat di cari jalan penyelesaiannya. kenapa ingin menyibukkan diri dengan masalah orang lain?

...to be continue...