Thursday, September 29, 2011

.:dari mata seorang aku:.

lama menahan rasa
membiarkan hati berbicara sendiri,
di hari-hari yg berlalu
aku lontarkan sepenuh pandangan
aku cari segala jawapan
terhadap persoalan yang bermain di minda..
aku tak ingin lelah sendiri,
memikirkan sesuatu yang
hanya buat aku tertunduk
menahan tangis..

di batang kali, yg beralur sepi
aku lihat teratai yang kelayuan
mungkin saja lelah
melawan arus yg mengalir,
kadang-kadang mengalir ganas
kadang-kadang mengalir perlahan...

aku lontarkan pandangan..
di tengah sungai yg tenang
aku nampak si itik sepi,
bersendirian mengenang nasib
d'tengah-tengah aliran air sungai,
tanpa kawan-kawan
terasing dunianya..

aku dongak ke atas..
pada langit biru yang terbentang luas
aku lihat sekumpulan burung
aku alih pandangan ke belakang
ada seekor yg ketinggalan

dan..
mungkin aku jua begitu..


Sunday, September 25, 2011

perkongsian bersama

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili =,=

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

--copyCats from someone, credit utk dy--


Saturday, September 24, 2011

lelah bersama waktu

kadang-kadang hidup neh tak seperti yang kita impikan.
yang ingin kita jauhi tuu yang akan
mendekati kita..
yang kita takuti itu yang akan
membayangi kita..

percaturan takdir sering
melalaikan kita..

sering mengeluh,
sering merungut
tanpa sedar kita seolah-olah nak salahkan 
takdir..
lupa percaturan Allah s.w.t tuu pasti
punya hikmah tertentu..
kalau hari nihh hidup kita d'selubungi mendung
jangan sangka untuk hari esok mentari tuu
xkan muncul, sinar harapan pasti
akan terbias, menyinari hari-hari
sepi kita..
sepatutnya kepada DIA harus kita sandarkan
segala harapan untuk
kecapi bahagia
bukan
pada mereka yang bergelar kekasih hati..


p/s 4me : jangan di kenang waktuu yang berlalu, 
kerna seorang dila belum cukup kuat untuk itu.. 

Monday, September 19, 2011

need crying shoulder :'(

Kadang, bila seseorang datang membawa hati yang walang , 
bukan semua mahukan bantuan atau nasihat yang sering mereka dengar berulang - ulang ,
 kadang , mereka cuma mahukan BAHU untuk bersandar ; 
melepaskan rasa lelah , berpaut saat lemah ~


jatuh chentaa dengan ayat yg d'copyCats from wall
fb cik kiah_credit utk Zakiah Aziz 
-.-

bagi aku,
aku hanya inginkan seseorang tuu ada di hadapan aku
memahami tanpa perlu aku ceritakan sgalanya,
sarkastik abiskan seorang aku??
huhu
aku hanya nak dia faham
tak semua masalah selesai dengan cerita
biar aku nangis depan dia
supaya saat tuhh dia tau betapa jiwa aku tengah
terdera dengan rasa!!
oke..
daa cukup aku merapu,
skang masa utk tidoo..
seLamat malam wahai diri.. 
@-@

Sunday, September 18, 2011

hikayat bukan. cerita bukan. hanya HAIKU

neh bukan hikayat merong Mahawangsa 
atau 
catatan putra sang arjuna
untuk ratu hatinya..

ini sekadar haiku seorang dila
di petik dari hati
di ciplak dari rasa..




menanti sakura gugur lagi d'copy dari mana ntah
bukan ciptaan seorang dila
oke..!!

ღ e-day & b-day ღ


--17 sept 2011--

Ini cerita hari ini,
cerita yang terhasil setelah seorang 'AKU'
lari dari dunia kesibukan..
kesibukan
assignment, projek, tutorial dan seangkatan
dengannya..
cerita yang di ukir
dengan ukhuwah persaudaraan..
cerita yang di pahat dengan
ingatan yang kekal..
cerita yang di harap mampu membuat kami
semua tersenyum
bila cerita ini kelak
bertukar menjadi memori indah utk
di ingati, utk di kenang..

takkan aku terjemahkan cerita2  ini
dalam karangan yg berjela
kerna segala bentuk karangan tak mampu menandingi
situasi cerita sebenar..
hanya yg alami mampu tersenyum.. C:
harap dengan gambar segalanya akan
tertayang kembali, aku simpulkan
segalanya dalam kepingan-kepingan
gambar yang bisu..

cerita kami
bermula di sini..

..empunya cerita..
-myCousin_fatin-

_e-day_
--fatin & fendi--

wajah-wajah yg 
menggamatkan+memeriahkan
suasana

hantaran+hadiah+bekal 
utk pihak lelaki

mySis
_kak Ngah a.k.a cahaya Amalina_


photographer
tak bertauliah yg seharian buzy


kek sodap dari pihak lelaki


antara para ibu yg bertungkus lumus
menjayakan majlis

sambutan b-day 'KAMI' jg
"me_cexwa_syasya_marini_nabila"
..geng beranak sept..

..org dapur dgn
kesibukan mereka..

manusia ajaib
yg keletah mencipta tawa..

we are family


tangkap bersama redah = CANDID

3 dara pingitan
--anis-marini-syasya--


cerita berakhir di sini..

semua
doakan kebahagiaan dua sejoli ini
dan
kami.kami semua
semoga ukhuwah persaudaraan terus tersimpul erat
semoga yang memisahkan kami
hanya ajal..
biar pun yang mendekatkan kami
hanya ingatan..

--anak cucu tok wan umar--
--17 sept 2011_saturday--
--at kg sedaka--


Saturday, September 17, 2011

hipokrit-part of our Life

sapa pernah jadi

H.I.P.O.K.R.I.T

angkat tangannn..!!

aku??
slalu jaa jadik..hambik ko..
haha..
slalu gak tercampak kat tengah-tengah
orang-orang yg hipokrit..

antara orang-orang HIPOKRIT
menurut seorang aku
ialah :

                                        * menangis bila terasa ingin ketawa
                                        * pura-pura tersenyum walau hati tengah bduka lara
                                        * bermuka-depan sopan santun blakang masyallah
                                        * suka berpura-pura baik

n banyak lagi
tapi malas nak ku ceritain..
letih memikir, sampai kapan mau begini..