~6 JENIS WANITA MALANG~
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
1.Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
2.Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami.
Wanita ini sering menyatakan,“Aku membuat itu keranamu”.
3.Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,
yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
4.Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,
lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
5.Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya,
kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
6. Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu lagi bising.
p/s : Ya Allah jauhi kami dari menjadi wanita2 yg malang..hanya kepada-Mu kami mencari keredhaan..amin~
“terus mengukir senyuman d'bibir, walau tanpa gula.. tp garis lengkung itu tetap ada.." C:

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.