Ketika perasaan itu hadir
Kuyakin ia putih dan suci
Kerana tak ku hembuskan ia dalam nafsu
Dan insyaAllah akan aku menjaganya
Kau datang ketika rasaku sudah waktunya
Tapi tetap ia tak ku nyatakan..
Kerana pernyataan hanya akan menodai kesucian
Yang ku juga yakin kau sangat menjaganya
Lalu aku hanya diam
Dan kau pun diam
Kerana kau tak tahu
Dan ku tak ingin kau tahu
Semua ada masanya
Kerana takdir Allah itu pasti
Tuk aku memastikan tidak lagi memendamnya
Dan ketika itu kau pun akan tahu
Saat ini kau menjaga diri
Dan harapku selalulah begitu
Kerana itu ku jadikan alasan
Untuk memendam rasa ini
Pesanku kepadamu wahai bakalku
Keazamanmu sudah tepat
Kuatkan Allah di hatimu
Sebelum Dia mengizinkanku memiliki mu
Dan jika kau berpaling dari penjagaanmu
Mungkin aku tidak lagi menyimpan rasa ini untukmu
Aku akan mencari yang istiqamah
Yang kuat dan tidak sepertimu
Maka tetaplah kau menjadi dirimu
Sabar di dunia dan bahagia di akhirat
Aku akan selalu mendoakanmu
Semoga kau tetap di jalan itu
Andainya nanti kau tidak bersamaku
Ku yakin kau akan mendapatkan yang terbaik
Ku harap aku pun begitu
Kerana Allah tidak akan memungkiri janji
Kau adalah untuk orang yang baik
Semoga Allah menjadikanku orang yang baik
Mari berdoa kepada Yang Maha Penyayang
Agar kita mendapatkan yang terbaik
Pada akhirnya Allah lah tujuan
Aku menginginkanmu bukan kerana dirimu
Dari Allah lah ku mengharap keredhaan
Dan kau hanya salah satu jalan kearah yang dituju
BY: A. Ridho
“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.