Aku bukan insan yang mudah menerima, jauh sekali untuk membiarkan segala rasa berlalu begitu saja. sakit! sakit saat segalanya tak mampu di terima dek akal..bila segalanya sukar untuk di terima. aku cuba untuk membenci, membawa segala rasa sakit, membalas segala perit dengan rasa benci yang bukan sedikit. aku kira ini bukan sikap yang patut ada pada hamba Allah s.w.t..
Saat segalanya sukar, saat aku jatuh hampir mencecah tanah..saat aku rebah tak berdaya diselubungi kebencian teramat kepada mereka.mereka yang meninggal kesan pedih dan perit dalam hidupku, aku di kejutkan oleh Allah s.w.t..
ini ujian, ini dugaan..dengan perkiraan bahawa Allah masih sayang, alhamdulillah masih ada kesedaran walau lambat. tidak patut rasanya untuk aku membenci mereka.mereka..kerna mereka, juga hamba Allah s.w.t..sepatutnya aku membenci perbuatan mungkarnya yang berpaling jauh daripada Allah s.w.t
Alhamdulillah, DIA hantarkan seseorang yang mampu menyedarkan aku, DIA bukakan pintu hatiku untuk terus percaya ini ujian dan ini dugaan-NYA. DIA turunkan ujian ini tanda DIA sayang. percayalah wahai DILA, Allah s.w.t takkan membebankan hamba-NYA dengan dugaan yang tidak mampu di laluinya. kuatkan aku Ya Allah..
"Ya Allah, kau sedarkanlah mereka.mereka yang telah berpaling jauh daripada-MU..kau bukakanlah pintu hati mereka.mereka utk terus kembali kepada-MU..kau pimpinkanlah mereka.mereka ke arah jalan yang benar..amin~ "
kita tidak dibenarkan membenci seseorang hamba Allah s.w.t yang muslim, kerana semua muslim itu bersaudara..
yang dibenarkan adalah membenci perbuatan mungkarnya iaitu perbuatan atau sifat yang membuatkannya tidak taat kepada perintah Allah s.w.t.
-insan-
--Credit utk mereka.mereka yg membuka mataku--
“terus tersenyum..biar pun tak mampu utk ketawa.." C:
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.