Saturday, April 06, 2013

Jejak tanah air mata

rasa nak delete teratak usang neh
tapi masih ada sayang dihati
masih ada ketabahan yang perlu dikaut disini

disini tercatat segala punah dalam diri
disini tinta perih bermandikan air mata sendiri

disini juga
seorang aku jatuh sambil sorokkan tangan ke belakang
tak ingin simpati.

# apa yg perlu dilakukan ?

Tuesday, October 16, 2012

Manifestasi Hari Semalam



ada cerita yang ingin aku khabarkan... ada resah yang ingin aku ceritakan.. ada sakit yang ingin aku tunjukkan.. tapi keinginan itu aku tukar menjadi sebaliknya. aku pilih untuk diam. tutup mulut. dan..simpan sendirian.. pekakkan telinga, redah segalanya... dan tanamkan dalam hati;

hidup. bukan untuk hidup...

hidup bersama cerita dan masa.
pasti saja ada kenangan dalam ingatan sepanjang waktu berlalu..
dan bila rollercoster hari semalam berpusing 180darjah.
dunia aku menghempap dengan kegelapan
datangnya mengaut secebis ketenangan yang ada.
benar.. aku betul-betul tak bersedia.
hati yang bertahun aku jaga rapi
huru hara bagai dilanggar
geruda.

aku ingin menangis. melepaskan segala beban didada.
tapi kata seorang sahabat tangisan itu bukankah lebih bermakna hanya kerna DIA.
aku cuba untuk terus berlagak kuat. bertahun diuji dengan mehna kehidupan.
4 tahun aku berlagak superwoman paling kebal dan kalis sengsara.
hakikat hati rapuh. rebeh menahan derita. pada hati yang tak
punya bentuk dan jiwa yang hancur lumat aku kadang
lemas dalam nafas sendiri..

kembali melihat kealpaan diri
muhasabah yang hanya buat aku kunci mulut rapat-rapat.
dengan pandang mata kosong dek melayan gundah di hati,
aku jadi lupa pada dia. dan mereka yang bernama sahabat.
aku jadi kaku dalam rutin mengkebalkan diri
bila 'dia' yang aku ingin jauhi sering saja muncul  berkali-kali dihujung pandangan.
sungguh hidup aku jadi tunggang langgang..
Tuhan, semoga untuk esok aku terus kuat...

kerna diam melayan perang hati,
aku jadi lupa pada hati-hati yang setia disisi.
tak betah dengan ujian yang terbentang didepan mata.
sehingga akhirnya ada suara yang berbunyi mengatakan;
aku benci dia. dan aku buang kawan..

detak jantung bagai terhenti.
dua abad aku hidup
sepenuh perhatian aku tumpukan pada persahabatan.
aku jauh dari Cinta kerna memberi laluan
untuk menghargai mereka yang bergelar sahabat.
tapi mungkin itu belum mencukupi....

kadang aku hanya perlukan ruang bersendiri.
takdir hidup aku mungkin, dihujani dengan pelbagai ujian kehidupan.
adakala bila diri rasa lemah tak berdaya aku gagal membendung air mata.
tapi.. seperti hari-hari semalam.
aku lebih memilih untuk menangis dalam gelap.
aku lebih senang membiar air mata mengalir dalam hujan.
dan.. aku lebih memilih untuk meredakan resah yang bergelodak didada
atas sejadah menghadap Tuhan..
aku bukan gadis cengeng yang 24jam dengan air mata dihadapan kawan.
aku lebih selesa berlagak kuat. walau kadang banyak cerita lara yang ingin aku gurindamkan
atas tiket bernama persahabatan. cukuplah aku kongsikan kegembiraan bersama
kalian bernama sahabat.

gagal masih lagi bersama aku.
sama macam hari semalam. cerita yang masih serupa.
cuma tempat berlainan. watak berbeza. dan.. bersandarkan nama persahabatan..
aku takkan buang kau. kecuali kau minta.
sejarah semalam berulang lagi. ada hati terbiar sepi.
salah aku yang kurang memberi kasih sayang
sehingga muncul pelbagai spekulasi..

masalah?
memang masalah itu sentiasa menghantui hidup aku.
tapi masalah aku bukan kau. orang yang aku anggap teman.
sahabat dalam perjuangan dimedan ilmu.
cukuplah aku katakan.
masalah aku adalah aku.
masalah aku adalah kenangan lalu yang muncul semula pada hari ini.
masalah aku adalah hati yang masih tidak tidak tahu nak kebal !

benci?
aku tak tahu makna benci bila melibatkan kawan-kawan.
walau diam aku tetap ada. terpulang bagaimana mereka ingin mencari.
setiap baris nama kawan-kawan aku ada tempat disegenap hati kecil aku.
kalau benar aku benci; apa perlu aku bekukan kenangan masa kita bersama.
pantang ada peluang semua aku abadikan dalam gambar bisu.
supaya terpisah nanti jadi pengubat rindu.

dan...
bagaimana aku nak benci seorang sahabat.
kalau bahu kiri aku hampir rebeh menanggung dosa membenci parasit hidup
yang menganggu gugat kebahagian orang yang aku sayang.
cukup la dia seorang. aku hampir punah mengasuh diri
mengajar hati supaya tidak membenci...

aku tak kemana. masih orang yang sama.
cuma ada waktu aku hilang dalam resah yang menyelubungi.
puas aku berdoa supaya tuhan jauhkan langkah kaki
aku dan dia dari bertemu.
biar antara kami si belang biru jadi pengantara.
aku tunduk rapat, gentar didepan mata ada dia..
dan untuk hari semalam selepas bertahun
tuhan temukan kami.
dalam mulut berbising terus diam terkaku..
dalam riak muka ceria terus suram sepi.
takdir aku ada sahabat disisi
untuk pinjam kekuatan
saat itu..

dan...
aku kira kekusutan ini telah berakhir.
walau aku tahu bakalan ada pertemuan kedua ketiga dan selanjutnya
selepas pertemuan ini..
.
..
.
..
.
NOTA.KAKI;
1. aku tak ada masa nak marah orang yang aku sayang.
2. aku bukan benci kau. tapi aku benci diri aku sebab buat kau menangis.
3. maaf kurang bagi perhatian untuk kerja berkumpulan kerna asyik melayan gundah di hati.
4. salah aku sebab tak berterus terang dengan masalah yang melanda; tapi bukan kau tahu kalau aku diam tandanya aku sedang mengumpul kekuatan. berfikiran luar alam.
5. jangan tuduh aku yang bukan-bukan. datang dan tanya.. takkan ada orang yang boleh paham aku hanya dengan tengok dari luaran sebab 20tahun aku hidup; aku masih gagal memahami diri sendiri. kau hebat kalau kau rasa kau faham aku..
6. berhenti salahkan diri sendiri; tak ada orang yang buang kau.
7. berhenti salahkan diri sendiri; ada sebab kenapa persahabatan kita teruji.
8. maaf atas segalanya dan terima kasih sebab sayang aku.. hahaha
.
.
..
.
..
.
*heartless to be. coacky bila perlu itu dulu. jalan-jalan dalam dunia tanpa sempadan;
bancuh kopi dalam cawan---rasanya pahit
bancuh kopi dalam telaga----------rasanya tawar
dan..
ini bersamaan dengan..
simpan masalah sensorang--------pahit
kongsi masalah dengan kawan-kawan biarpun tidak mampu tolong---------tawar (kurang beban)
#senyum.pahit.bila.tak.mampu.
.

..
.
..
.
pesanan penaja bertahun dahulu:
       ''jangan dikenang waktu yang berlalu,
        kerna seorang dila belum cukup kuat untuk itu..''

'
.
.
..
.
.
- berbulan aku tinggalkan teratak sepi a.k.a dhiyadiela.blogspot.com.. membawa diri ke dunia mentari jingga dengan harapan ingin membuka lembaran baru dalam hidup. disini ada cerita luka, disini setiap aksara bermandikan air mata. dan disini aku tumpahkan segala resah didada. dan.. kini aku kembali dengan rasa untuk menatap tinta penuh luka. melepaskan rasa yang terbuku didada...

- 110 hari dan kini aku kembali...


Friday, August 17, 2012

Definisi Cinta Teragung

Bila mereka tanya aku, apa itu Cinta? 
aku diam terfikir. kerna bagi aku Cinta itu tiada yang indah.

Bila mereka soal aku, apakah Cinta ini salah?
aku lontar pandangan jauh. kerna hati kian berbaur resah.

Bila mereka mengadu, jauh dari DIA bila wujudnya Cinta ini.
aku mengeluh di dalam hati. mengapa jalan ini yang mereka pilih..

Bila mereka menangis, kononnya dicurangi si kekasih.
aku kelukan lidah. risau terkeluar; itu balasan kau duakan kasih DIA..

Bila mereka katakan; Cinta ini menyakitkan.
aku bagai ingin laungkan; nasib kau hanya kau yang mampu ubah.

betul. bertahun aku memandang..bertahun aku mendengar.. bertahun juga aku menganalisis. dan akhirnya aku simpul sampai mati, yang Cinta ini tiada indahnya. jangan salahkan aku, kalau fikiran aku begitu. mungkin takdir menentukan sekarang bukan masanya untuk seorang aku merasai manisnya percintaan. aku lebih rela sendirian ditemani sepi, dari hati disakiti hari demi hari.

tapi.. sebagai kawan, aku tidak pernah menghalang. aku support dari belakang dan aku tapis segalanya dengan cara aku sendiri. mungkin bagi kamu. kamu semua aku tidak layak untuk membicarakan soal Cinta. jauh sekali memberi pandangan. Maaf. maaf dan maaf..kalau cara aku memberi nasihat salah. dan maaf kalau kamu.kamu rasa aku menyibuk hal kamu. aku tahu letak duduknya seorang aku. jangan risau, ada masa bila perasaan berbaur aku pekakkan telinga dari berbicara perihal Cinta. dan..adakala bila teringatkan amanah sebagai hamba-NYA aku perlu menegur sesuatu yang salah, aku kembali membuka mulut...

Cinta itu akan tiba. kalau bukan hari ini. mungkin esok. mungkin di masa hadapan. yang penting persiapkan diri sendiri.. biar lafaz ijab dan qabul menjadi titik permulaan sebuah Cinta. kerna bagi aku definisi Cinta teragung hanya akan aku temui bila Cinta itu nanti berlandaskan Cinta kepada DIA..

Ya Rabb..
semoga aku terus tabah menyimpan Cinta
ini sampai tiba saatnya.
amin..

Friday, August 03, 2012

Cerita dalam Luka

Sukar sebenarnya menebak hati sendiri. berlagak seolah superwoman paling fantastic. tapi hanya plastik yang menunggu masa untuk dileburkan oleh suhu yang kian memamah segala rasa. sakitnya kian terasa.

kata dia; kau kuat.

dan
dia tak tahu,

4 tahun aku garapkan semua cerita lara ini sendirian. 4 tahun juga aku cuba berlagak kuat. 4 tahun aku bina tembok tinggi yang menutup segala kepincangan ini. dan akhirnya 4 tahun menyaksikan hati aku mati dalam diam....

bukan mudah buat orang faham. sementelah hati sendiri terbiar sepi. tapi rencah kehidupan selalu membuatkan aku rebah sendirian. pengorbanan sebagaimana lagi yang mereka inginkan. belum cukup menyaksikan aku yang kian hilang dalam kegelapan.

mudah kata mereka. senang bicara dia. tapi letak duduknya tetap aku yang sendirian. sukarnya mencipta tembok kukuh selat air mata. sehingga aku kian bisu dan pekak dengan segalanya. risau tawa digali air mata yang aku temui. jalan mudahnya aku kunci mulut rapat-rapat dan aku tutup telinga dari segala bunyi yang buat aku ingin meraung kelelahan...


Thursday, June 28, 2012

noktah sementara

6 bulan 2 minggu.
ada kenangan di situ. ada pengajaran yg ku kutip satu persatu.
pegang. genggam dan simpan erat.

Pada mereka,
terima kasih. terima kasih dan terima kasih.
maaf untuk segalanya..

Tuhan.
aku tidak tahu rasa apakah ini?
tapi aku seolah benci dengan rasa tidak keruan ini..

dan yg aku tahu..
aku bagi peluang untuk 'kita' terbang bebas..
ada jodoh insyallah akan bertemu kembali.

#makan?
#ohhh, xpa puasa..

*senyum 12 juta megawatttt

Saturday, May 19, 2012

sukarnya kian terasa..

sukarnya meniti redha dan memanjat syukur namun aku belajar.......

2 3 4 tahun yang tidak ketahuan.
dan aku harap untuk 2 3 4 tahun akan datang
segalanya akan berakhir
dengan aman. dengan tenang....

letih. sakit. perit.
bergabung. bercampur..bergaul menjadi satu..
sebati..sehingga hati kian kaku. kian mati.
kebal dengan segalanya.
kabur dengan ihsan...

benci. dan dendam...
kata mereka ianya tidak baik..
tapi..hanya diri mengerti.
untuk asuh diri sendiri terima segalanya dengan redha
bukan mudah...
bukan senang.......

payah..
sukar untuk diterima.
air mata seolah teman. bagai kawan akrab.
mengekori tika sepi. tatkala sendiri.

acapkali ingin aku bawa diri ke hujung dunia.
jauh terasing. lontarkan segala rasa.
agar jauh dengan sengsara.
gelap. dan suram.
ingin aku jerit sekuatnya..
melepaskan rasa yang terbuku didada.......

biar jauh.
biar tak nampak.
kerna makin hari aku makin tak mengerti.
gusar satu hari nanti hati ini kosong untuknya.
risau satu saat nanti hormat ini hilang padanya.

cuba untuk memahami.
gelap itu mengaburi matanya.
cuba untuk memahami.
kosong itu mengikuti hatinya.
cuba untuk memahami.
alpa itu menyelubungi hidupnya.

Tuhan..
kuatkan hati aku untuk terus memerhati kepincangan ini......



Wednesday, May 16, 2012

yang dinamakan kehidupan

lama menahan rasa. lari jauh dari papan kekunci.
berpaling jauh dari blog usang ini..
risau di sini terluah segala rasa..
adakalanya bukan semua kisah perlu dicoretkan di sini..
suka. duka. tawa. tangis.
biarlah hanya DIA yang mengetahui..

alhamdulillah,
dalam sakit menahan rasa.
dalam ujian datang bertimpa-timpa.
DIA amanahkan anugerah teristimewa..
tanda DIA masih sayang.
tanda DIA masih mendengar.
setiap rintihan dalam doa..

biar segalanya kucar kacir.
biar aku. kami di hentak segala macam dugaan
sehingga adakalanya hampir rebah
tunduk menahan tangis.
hari ini,
getar semalam sudah berlalu.

senyumlah wahai manusia ajaib..
kami kuat kerana kamu.

biar seribu orang berpaling
biar berjuta manusia mengata.
kasih kami hanya buat kamu..

dan...
terima kasih. terima kasih.  terima kasih
untuk 'dia' yg memberi kehidupan pada kami..
di saat aku. kami rasa yg hidup ini
dah pudar indahnya..

untuk org yang aku sayang....
aku sedang cuba untuk mengerti perasaan seorang kamu..