Monday, July 11, 2011

sekadar pengisian d'hari sepi..

bila seorang dila cuba utk tidak membenci..
bila seorang dila cuba utk teguhkan hati..
bila seorang dila cuba utk percayakan diri..
bila seorang dila cuba utk tabahkan sanubari..

mulut terkunci rapat,
hati cuba utk mengerti,
dan..minda cuba mengawal jiwa..

lantaran itu..
aku mula terasing..
jauh dari dunia mereka..
sengaja aku sepikan diri..
biar jasad d'depan mata,
hati dan jiwa melayang entah ke mana..

dan..
tika saat dan waktu mencemburui,
aku gigih mengejar sebuah impian,,
mengharapkan apa yg d'impikan menjadi nyata!


"bahagia biLa mereka tersenyum"

bila jemari mula menyusun bicara..

tak ada yg mampu utk di ungkapkan,


bila hati kata DIAM!


tak ada yg mampu aku luahkan,


bila bicara seakan BISU!


jangan ingat bila luaran nampak SEPI, dalam tidak berkocak seribu satu rasa!!


kamu dan kamu..xpernah tahu..
aku lelah, dan..aku letih. tapi utk menyuarakan itu bukan aku..
aku sebak, dan..aku ingin menangis. tapi utk menunjukkan lemah itu bukan aku..



"bahagia biLa mereka tersenyum"

Friday, July 08, 2011

sejarah lalu aku & kapel..

First time aku jumpa cita cmni..
kisah hidup yg hampir sama dgn aku..
nama yg sama dgn aku..n 
nama sahabat2 dy pun sama mcm nma kawan aku..
kebetulan yg xdisangkakan!! huhuhu.. 

....................................................................................
....................................................................................
yup,,
hidup aku xmcm remaja2 lain..
aku lari jauh dari dunia pcintaan..
bukan sengaja tapi ntah..aku sendiri xtau nk tafsir apa kehendak hati,
pernah aku rapat dgn ramai lelaki,
saja nk menduga diri..
tp xberjaya pecahkn tembok yg terbina..
dan..
ini cerita aku..
time tuu aku daa abis sekolah
yeaa! aku berjaya lalui zaman psekolahan tanpa perkataan KAPEL!
tentu ramai yg xpercayakan
ada satu tahun tu..
masih segar di ingatan aku..
sementara menunggu mana2 ipta panggil,
aku kenal seseorang hamba Allah nih,
malas aku nak mention nama dia..
hari tuu result upu kuar dan..
aku GAGAL utk permohonan upu..
memang agak kecewa..apatah lg tuu harapan semua..
dan mamat tuu memang mnjadi mangsa semburan aku,
sapa suh kaco aku time aku tenggah FRUST gilessssss..
hari demi hari kami mula rapat..
dan xaku duga dia minta hubungan kami dimaknai dgn kata CINTA!!
dia minta KAPEL! berkali aku tolak, aku tak mampu utk menipu dia..
apatah lagi diri sendiri..
nak di jadikan cerita..bukan tak tahu bumi Allah neh camna,
dalam berdua ada syaitan yg ketiga..hahahaha (skema xayat aku..PEACE!!) 
oke smbung cita..
satu malam tuu macam cara dia wt utk pujuk aku..
menyanyi, maen gitar..n last dia bg aku ckp dgn mmber dia..
yg aku gelar BUDAK KAUNSELING! haaha, sebab dia suka bg ceramah free..
ntah bagaimana, malam tuu aku tercakap yes! haiyaa..memang silap aku..
sejak tuu hidup aku pun dipenuhi bunga-bunga + pelangi yg xbapa nk indah..kih3
aku sendiri xtahu cmna aku bole jalankn hubungan tuu..
aku dan dia kami pasangan,
dan kami berjauhan..xpenah berjumpa, xpenah bersua muka..
pelikkan?? tapi tuu laa kebenaran..
kalo semua nak tahu sengaja aku kapel dgn dia..
dia jauh..so bila aku daa ada dia aku xpayah kapel dgn org lain..
xpayah susah2 nk mkn hati+berjumpa segala or DATING! haha..
yup! dia hanya batu loncatan utk aku lari jauh dari CINTA yg d'lalui oleh kamukamu semua..
(i mean remaja zaman sekarang..)
setelah bbulan aku d'rumah aku d'terima masuk ke politeknik or polimas..
kat situ hidup aku benar2 berubah, walau bukan sepenuhnya..huhu
aku kenali ro0mate aku yg aku sanjungi..
SITI SALSADILA..gadis yg mampu wt aku tenang dari kelantan.. :))
dengan dia semuanya lain, saat aku jatuh dia yg membangunkan aku dari kejatuhan tuu..
saat aku sedih, dia yg xingin melihat air mata aku terus buat aku TERSENYUM!
tengS kawan..tp skang aku tanak cita tentang dia..
perkapelan kami berjalan lancar,
aku sendiri kadang2 pelik dgn hubungan kami..
siang kami wt kerja masing2, dan malam kami mcm pasangan yg lain..
bergayut+bermesej..huhu
teman aku study tuu perkara yg akn dia wt d'saat aku tensiannn
(melalui fon oke..^^)
oke dgn cik ct ro0mate aku neh aku joint putri islam..
bukan aku nak pun sebenarnya..aku TERPAKSA..
sebab lain aku minta, lain yg aku dapat..terukkan aku! hmmm..
tapi baru kini aku rasa hikmahnya..yeaaaa..
putri islam wt satuu kem tuu..wajib tuk ahli2nya sertai..
ada laa dlm 3 hari n bmakna 3 hari aku xdpt contac dia..
dlm kem tuu byk pengisian yg aku dpt..
sedihh, sedihh mengenangkan betapa aku jauh dari DIA,
padahal aku hanya hamba yg d'cipta oleh DIA..
sepatutnya aku perjuangkan segalanya utk DIA..
aku laa hamba yg xpenah bersyukur dgn segalanya.. :'(
jelas d'ingatan aku salah satu perkara tertanam dlm otak aku pas kem tuu adalah
KAPEL is HARAM!
islam tak pernah membenarkan antara lelaki dan perempuan bergaul..
TENGS buat semua kakak2 putri islam yg membuka mata aku..
mencelikkan minda aku..sungguh aku tewas dgn godaan syaitan..
sedar aku dari lamunan, malam tuu juga aku pinta perpisahan dgn cara yg baik..
dia tertanya2 kenapa..lalu aku jelaskan kerna ALLAH..
nasib menyebelahi aku bila dia xbyk soal..ntah, mungkin dia sendiri xkisah..
sebab kami bukan seperti pasangan lain..
berkali dia minta ingin jumpa dgn aku time kitorang kapel pun aku xnak..
hehehe..susahkan aku, so lelain jgn cuba2 dekat dgn aku..
erkk..aku sendiri tak tahu utk masa akan dtg mampu atau xutk
aku jauhi perkataan KAPEL neh..
now umur aku 19tahun..
buat masa sekarang hanya SEKALI tuu aku pernah cemari hidup aku dgn KAPEL!
doakan aku semoga tiada utk kali ke-2..
kalo dengan CINTA-NYA aku jauh, jgn biarkan aku dekat dgn CINTA seorang lelaki..
kalo pun aku jatuh CINTA..doakan aku agar aku jatuh CINTA hanya kerna 
CINTA aku pada ALLAH yg SATU..
anggap laa aku anti kapel or whatever oke..
hanya aku yg tahu cerita aku sendiri..


~ini yg aku harapkan~



"bahagia biLa mereka tersenyum"

secebis tinta..

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~Khalil Gibran~





"bahagia biLa mereka tersenyum"

Monday, June 27, 2011

sukarnya utk mengerti hati sendiri..

banyak yg terhalang..banyak juga yg terlarang..
tapi aku dengan tanpa rasa bersalahnya tetap melakukannya..
kejamkan seorang dila!
aku cuba lari jauh dari bayangan,
kadang2 sebaris nama adiela cukup meletihkan..
sungguh aku penat, penat melayan karenah diri yg aku sendiri tidak rela!
aku akui bkn mudah utk teruskan segalanya..
tapi sukarnya utk aku melarikan diri sendiri..
aku cuba utk berlagak kuat..
walhal hati sendiri tak pernah rasa tenang,
pasrah, redha, dah lama aku paksa hati menerima takdir yg tersurat..
kadang2 aku rasa hati aku daa xpunya bentuk!
sungguh aku sakit dalam diam,
sakit menahan resah yg datang, sakit bila bpura2 jd kuat..


aku tak dapat bendung dari meletak kesalahan d'pundaknya,
aku cuba memberontak..
membalas rasa sakit d'sanubari dgn sengaja..
mulut ku kunci rapat..
tak tegar rasanya utk menyakiti hati diadia yg perlu aku hormati..
dek kerna terlalu mengawal percakapan,
aku jadi pendiam!
kurang bercakap..aku banyak menghabiskan masa dlm dunia sendiri..
tak betah dengan org ramai..
biarlah aku begini,
asal saja aku tak menyakiti diadia yg perlu aku hormati..
kerna aku sendiri sedar aku xpunya hak utk menjatuhkan talak hormat ke ats diadia..
diadia masih org yg perlu aku hormati..


"bahagia biLa mereka tersenyum"

Sunday, June 26, 2011

..seHarian d'PuLau BuNtiNg..

seharian d'sini banyak mmbuatkn aku tpikir..
tentang seorang dila,
tentang harapan dan impian,
tentang keindahan ciptaan DIA,
segalanya sukar d'luahkan melalui kata2,
semua pic neh mungkin dpt jelasknnya..

~kaMi di bunting IsLaNd~

 mY LittLe bro yg sLaLu wt aKu peniN

seharian b'maen air



pULau tBiar



port kaMi

 ikan yg firstt

ikanG LauT

puTri BuaiAn

jeLajaH rImBa

 biLa jumpA aIr
berendam seketika

merenung masa hadapan

my LuvLy mUm n Dad


"bahagia biLa mereka tersenyum"

``seorang dila``

mencari sesuatu yg asing..walhal hidup aku sama saja,
xdapat menerima hakikat, yup!
itu sudaa pasti..sukar menerima hakikat aku insan yg lemah..
wake up DILA! mana ada manusia yg sempurna..

..sebaris nama yg selalu menyusahkn org lain..

tapi sekurangnya aku mungkin akn tersenyum
bila aku cuba utk mcapai sesuatu yg aku ingini..
byk masa yg terbuang,
byk tenaga yg terbazir bgitu saja,
byk jua air mata yg mengalir..
semua hanya kerna aku yg xcuba menjadi KUAT!
tabah..
itu perlu..jgn ingat sebaris nama dila
hanya tahu berkeluh kesah dlm diam..
bukan sedikit kekuatan yg aku garap dlm diri..
hanya DIA yg mengerti..



"bahagia biLa mereka tersenyum"